"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ekspedisi Kebajikan " PEMUDA......DEKAT DI HATI " / Nizar

Program 1.

Tarikh : 10 Sept 2009

Dato' Seri Hj Ir Mohamad Nizar telah hadir ke Kampung Ara Payong, Batu Gajah pada 10 Sept 2009 dan telah bersetuju untuk menyerahkan beberapa  sumbangan kepada penduduk miskin dan ibu tunggal dikampung tersebut yang telah diadakan sebelum solat Isyak. Turut hadir pada malam tersebut adalah calun wakil rakyat Dun Sungai Rapat Ust Radzi Zainun, YDP Pas Kawasan Batu Gajah Tn Hj Ismail Ariffin, Ketua Pemuda Pas Gopeng dan beberapa AJK Pemudanya. Pada malam tersebut juga Dato Seri telah dijemput untuk menjadi imam untuk solat terawih dan menyampaikan tazkirah.


Walaupun ada sedikit kekecohan yang ditimbulkan oleh Ketua Kampung Umno semasa sesi tazkirah dijalankan tetapi alhamdulillah keadaan pulih selepas itu selepas pemangku Pengerusi Surau Sdr Anuar berbincang dan bercakap dgn Ketua Kampung tersebut diluar surau.

Sebagai jemaah yg berjuang atas nama Islam, kita melihat ganguan tersebut sebagai lumrah dan duri perjuangan yang sentiasa akan ujud pada tiap kali nafas dan nadi kita berdenyut. Sebenarnya ada hikmah tentang ganguan tersebut, kerana dgn tindakan biadap dan tidak menghormati tetamu telah menjelaskan secara nyata tahap akhlak dan ilmu yg ada pada Ketua Kampung Umno tersebut untuk orang-orang kampung menilai apakah beliau layak untuk memimpin mereka di kampung tersebut.

Rata-rata yang hadir amat merasa dukacita dengan tindakan beliau yang langsung tidak mencerminkan pertimbangan sebagai seorang Ketua Kampung yang berhemah dan berjiwa murni. Tapi apakan daya kerana itulah pemimpin yang ada dan telah dipilih oleh kerajaan kudeta Umno Perak. Majlis pada malam tersebut berakhir pada jam 11.15 mlm selepas sesi temuramah Dato Seri bersama wakil akhbar Sinar Harian diluar perkarangan surau.
-utaraonline.net-

Tiada ulasan: