"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ekspedisi Kebajikan " PEMUDA......DEKAT DI HATI " / Nizar

Program 2
Tarikh : 17 Sept 2009

Bantuan terakhir yang sempat dihulurkan semalam kepada salah sebuah keluarga di kampung Sungai Terap, Batu Gajah. Ketika saya dan Ust Shariman mengunjungi rumah mereka sekitar jam 6.10 petang,
ibu mereka telah keluar untuk membeli barangan keperluan dapur untuk dimasak bagi juadah berbuka dan bapa mereka masih belum balik dari bekerja. Apabila ditanya kepada salah saorang anak yang berumur 9 tahun bernama Syawal, adakah telah membeli baju raya, sambil tunduk beliau hanya menggelangkan kepala sahaja.
Alhamdullillah berkat usaha dan sokongan dari semua pihak, DPPK Batu Gajah sekali lagi turun padang dengan membawa beberapa bantuan keperluan dapur, baju-baju terpakai yang masih elok dan sumbangan wang sebanyak RM350 dari individu-individu yang bersimpati.
Secara dasarnya, XPDC kebajikan bagi kawasan Batu Gajah menghampiri matlamat dan objektifnya. Sekarang ramai diantara penduduk kampung yang dulunya condong kearah Umno/Bn atau yang takut untuk mendekati kita, tetapi selepas XPDC ini, perasaan takut itu telah hilang dan secara sedar mereka amat menghargai segala usaha dan bantuan yang kita hulurkan terutamanya kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Perbualan dikalangan puak-puak Umno mengenai aktiviti dan program XPDC ini dapat dirasakan ditambah berita yang selalu dilapurkan oleh akhbar Sinar Harian pada setiap hari dalam edisi daerah dalam akhbar berkenaan.

Perasaan takut juga dengan jelas telah ditunjukkan dikalangan puak-puak Umno/Bn ini kerana pada setiap kali program kita dijalankan mereka secepat yang mungkin akan cuba mengadakan program yang sama di kawasan tersebut untuk menarik perhatian penduduk kampung.

Tetapi beberapa penduduk kampung yang ditemui merasa usaha dan bantuan yang dilakukan oleh YB Hamidah dan angkatannya adalah tidak ikhlas dan sudah terlewat. Ini kerana walaupun PAS tidak lagi memerintah negeri Perak, tetapi usaha dan bantuan kebajikan tetap diteruskan dan diadakan tanpa memilih golongan atau penyokong tertentu.


Usaha dan bantuan kita telah menyerlahkan lagi sikap dan janji kita dalam menjadi pembantu dan penyokong kepada rakyat dan masyarakat disekitar. Kepada semua yang banyak membantu, menyokong dan menggerakkan program ini, DPPK Kawasan Batu Gajah ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan mudah-mudahan segala usaha dan pekerjaan yang telah kita lakukan akan menjadi saham dan modal kita ketika kita dijemput oleh Nya satu hari nanti.









Salam Eidul Fitri.

KP DPPK Batu Gajah.
-utaraonline.net-

Tiada ulasan: