
Beliau yang menjelaskan perkara itu turut menolak dakwaan bahawa projek berkenaan merupakan satu kegagalan
Chan dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini menjelaskan kos keseluruhan PKFZ itu antara lain termasuk kos pembelian tanah (RM1.807 bilion).Menteri disiasat kes kertas kabinet bocor
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata menteri kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Malaysia Today baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa atau berapa menteri yang akan disoal untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit itu yang membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat termasuklah menteri," katanya kepada pemberita selepas selesai melawat ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini.
Kertas kabinet mengenai PKFZ itu disiarkan di sebuah laman web didakwa sebagai memorandum daripada menteri kewangan berhubung PKFZ yang tertakluk kepada OSA.
Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.
-bloglistpolitik.blogspot-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan