"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Kubang Pasu meraikan saudara baru di ambang Syawal


Serombongan Urusetia Ihya Ramadhan dan Aidil Fitri PAS Kubang Pasu dan Pembela turun padang meraikan saudara baru di malam ambang 1 Syawal di Kg. Keda, Mukim Malau malam tadi. Di mana, rombongan tersebut telah membawa juadah jamuan makan seperti kueh-mueh, ketupat dan rending, di samping hadiah sumbangan Hari Raya Aidil Fitri kepada anak-anak saudara baru.

Menurut Hj Hashim Abu, Setiausaha Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kubang Pasu, program malam ambang syawal yang diadakan bersama saudara baru ini bertujuan untuk mendekati dan meraikan saudara baru iaitu Mohd Khairi Abdullah dan puan Harijah Abdulah yang telah memeluk Islam dapat merasai suasana di malam sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama umat Islam lain.

Katanya, Mohd Khairi adalah seorang saudara baru yang baru memeluk Islam ketika majlis berbuka puasa yang diadakan di Markaz PAS Cawangan Teluk Malek awal Ramadhan lalu, pastinya ternanti-nanti bagaimana cara maupun budaya masyarakat Islam (Melayu) menyambut Aidil Fitri”.

“Sebagai saudara baru yang pertama kali dalam hidupnya merayakan Aidil Fitri ini, sewajarnya kita (umat Islam) mendekati dan memberi perhatian yang lebih supaya ia dapat menikmati erti persaudaraan dikalangan umat Islam itu sendiri”, katanya.
Mohd Khari selepas majlis ambang syawal selesai berkata, dia rasa amat gembira dan begitu nikmat sekali kerana dapat menyambut Hari Raya Aidil Fitri sebagai seorang yang beragama Islam. Sebelumnya ia hanya menyambut sebagai orang luar (bukan Islam) bersama teman-temannya Islam lain.

Katanya, seronok..tak tahu nak kata apa. Malam ini saya dapat melaungkan takbir dan esok akan pergi menunaikan solat Aidil Fitri”.

“Terima kasih kepada semua (PAS dan Pembela) yang begitu ambil berat pada saya sejak memeluk agama Islam”, katanya.

Hj Osman Awang, Koordinator Penyelaras Kemiskinan Kubang Pasu pula berkata, inilah pertama kali dia dapat mengikuti program seumpama ini terutamanya dengan saudara baru.

Katanya, rasa sayu ada..gembirapun ada… bila dapat bertakbir bersama saudara baru yang pertama kali menyambut Hari Raya Aidil Fitri dalam hidupnya”.

Program macam ni….perlu diperluaskan dengan melibatkan lebih ramai pihak terutama kepimpinan PAS di mana jua peringkat di tempat masimg-masing supaya mereka berkenaan (saudara baru) akan dapat merasai hubungan rapat setelah memeluk Islam, katanya.

“Saudara baru adalah aset kepada Islam itu sendiri, jadi menjaga kebajikan mereka wajar diberi keutamaan”,katanya.

Laungan takbir dipimpin oleh Mohd Noor Hanapi, Timbalan Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Perpaduan Islam. Turut serta ialah Naib Ketua, Bendahari dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis, Hj Ibrahim Lai Abdullah serta Ahli Majlis Eksekutif Pembela.

-detikdaily.net-

Tiada ulasan: