"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru dibenar aktif politik: KSN main wayang

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 27 Julai:
Pengumuman Ketua Setiausaha Negara (KSN) bahawa pegawai pendidikan (guru) grad DG41 ke DG48 boleh aktif politif bukan satu dasar baru kerana ia telah diamalkan sebelum ini.

Namun pengumuman KSN itu hanya mengesahkan penglibatan mereka dalam Umno atau lain-lain parti BN sahaja, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Apabila mereka memerlukan pengesahan pihak atasan bermakna mereka tidak bebas sebenarnya. Hanya mereka yang menyokong BN sahaja akan mendapat kelulusan dan yang hendak sokong pembangkang hanya menghulurkan kepala mereka sahaja untuk dipancung.

"Hasilnya tiada kebebasan sebenarnya," kata Mustafa dalam satu kenyataannya kepada media.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini yang memaklumkan, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pegawai pendidikan kumpulan itu aktif politik dengan syarat ia mendapat kelulusan bertulis dari Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Sebelum ini, hanya kumpulan sokongan dibenarkan aktif politik iaitu bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik.

Sementara itu, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim juga mempunyai pendapat yang sama dengan Mustafa dalam hal ini.

"penglibatan pegawai pendidikan dan kerajaan hanya boleh aktif politik BN dan bukan sebaliknya," kata Zaid dalam Twitternya.

Bagi beliau, langkah ini hanya untuk mengesahkan (formalise) apa yang telah sedia berlaku sebenarnya, ia tidak menghairankan," tulis Zaid lagi.

Tiada ulasan: