"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli majlis nafi dakwaan, mungkin saman akhbar

Ahli majlis perbandaran Klang Tee Boon Hock hari ini menafikan dakwaan yang beliau menyalah-gunakan surat dan cop rasmi exco untuk mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan kontrak bagi kroni dan anggota keluarganya.

NONEAhli majlis DAP itu dilaporkan oleh akhbar The Starsemalam, telah memperoleh kontrak bernilai lebih RM1 juta untuk 20 syarikat daripada majlis itu sejak berkhidmat pada Julai 2008.

Dalam sidang akhbar bersama exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu - Tee berkata beliau akan merujuk kepada peguamnya bagi menentukan sama ada dia akan menyaman The Star.

Liu pula menafikan kenyataannya seperti yang disiarkan akhbar itu dan berkata berita halaman utama berkenaan sebenarnya bercanggah.

Tiada ulasan: