Harakahdaily
KLANG, 30 Julai: Mahkamah Sesyen Klang hari ini merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepada Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus ekoran berita yang disiarkan akhbar itu tahun 2004 lalu.
Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus (gambar) sebagai Plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan.
Defendan adalah Datuk Fatah yang membuat kenyataan itu dengan diwakili oleh firma Datuk Salahuddin Saidin serta Berita Harian yang menyiarkan berita itu dan Datuk Kalimullah Hassan yang mewakili NSTP Press.
Selepas pilihan raya umum 2004 lalu, akhbar Berita Harian menyiarkan satu berita yang bertajuk "Tikam dari belakang - calon PAS".
Ekoran itu, Dr Ahmad Yunus yang kini timbalan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor memfailkan saman kepada pihak-pihak berkenaan menuntut gantirugi itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan