"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita mengaku bunuh 8 bayi

VILLERS-AU-TERTRE: Wanita Perancis yang mengaku membunuh serta menanam dan menyembunyikan mayat lapan bayi sejak sepuluh tahun lalu akan dibicarakan atas tuduhan membunuh.

Dominique Cottrez, 46, mengaku melahirkan kesemua bayi itu di rumah tanpa bantuan sesiapa sebelum memasukkan mereka ke dalam beg plastik.

Selepas bayi itu meninggal dunia, wanita itu menanam dua mayat di perkarangan rumah ibunya dan enam lagi disembunyikan di dalam garaj rumahnya.

"Wanita itu memberi alasan dia ada pengalaman buruk semasa melahirkan anak sulung lebih 20 tahun lalu dan tidak mahu berjumpa doktor selepas itu," kata pendakwa raya, Eric Vaillant, semalam.

Dominique dan suaminya, Pierre-Marie, ditahan pada Rabu berikutan penemuan dua rangka mayat di dalam plastik di perkarangan sebuah rumah di Villers-au-Tertre.

Pierre-Marie dibebaskan selepas disiasat kerana dia mengaku langsung tidak tahu isterinya mengandungkan, melahirkan, membunuh serta menanam dan menyembunyikan mayat bayi-bayi berkenaan.


Bedah siasat sedang dilakukan ke atas kesemua mayat untuk mengesahkan punca kematian./Sharian

Tiada ulasan: