"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cut Tari minta polis henti siasat kes video seks

JAKARTA, 29 Julai: Artis Cut Tari menggesa pihak polis agar menghentikan siasatan berhubung klip video adegan seks yang disebarkan menerusi alam siber sejak awal bulan lalu.

Pengurusnya, Hotman Paris Hutapea telah menemui polis bersama Cut Tari dan suaminya Yusuf Soebrata di sini semalam.

“Saya, Cut Tari dan suaminya tadi menemui penyiasat untuk menanyakan kepastian perkembangan kes sekarang, yang ternyata penyebar video sudah pun dikenali pasti,” kata Hotman yang dipetik Antara dan Jakarta Globe.

Polis sudah pun menahan tiga orang yang disyaki mengedarkan klip video itu, yang adegannya bersama penyanyi Nazriel Ilham atau Ariel iaitu RJ, BT dan US.

Seramai 13 orang suspek telah disiasat setakat ini.

“Kami datang untuk meminta kepastian dan menjelaskan bahawa Cut Tari benar-benar adalah merupakan mangsa (kes ini),” kata beliau.

Menurut Hotman, pengertian pornografi adalah menghukum orang yang menyebarkan.

“Dengan tertangkapnya mereka yang menyebarkan (rakaman), maka semakin jelas kedudukan Cut Tari bahawa tidak sama sekali melakukan penyebaran, kita beri contoh bahawa untuk kes Maria Eva dulu yang bersangkutan bahkan merakam video tersebut, namun kesnya dihentikan,” katanya.

Sepuluh orang dipercayai telah menyebarkan video porno Ariel itu telah disiasat di bawah undang-undang informasi dan transaksi elektronik (ITE).

Cut Tari dan Luna Maya juga dikategorikan sebagai suspek dalam kes ini.

Mengenai Seksyen 8 undang-undang pornografi yang dinyatakan oleh penyiasat bahawa Cut Tari adalah model dalam video porno, Hotman menjelaskan, hubungan intim video tersebut dirakamkan pada 2006 sementara undang-Undang pornografi hanya diguna pakai sejak November 2008.

Polis masih menahan Ariel.

Tiada ulasan: