"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SULIT: 5 Perbezaan Tentera Singapura & Malaysia ;)

dewa
Akhbar hari ini melaporkan seorang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dari Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Jugra, Banting, Selangor, terbunuh selepas payung terjunnya gagal berfungsi ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Gong Kedak di sini. Sebelum itu, helikopter Nuri dilaporkan terhempas satu demi satu.

Selaku seorang askar wataniah yang lebih banyak menghabiskan masa di luar negara, penulis ingin berkongsi info-info penting untuk dijadikan pengajaran:

1. PERALATAN KETENTERAAN DIKOMPROMI OLEH UMNO

UMNO sememangnya selalu mementingkan poket masing-masing sehinggakan keselamatan negara bagaikan dikompromi melalui pembelian senjata-senjata dan kenderaan berkualiti rendah.

Terkini, seorang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dari Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Jugra, Banting, Selangor, terbunuh selepas PAYUNG TERJUNNYA GAGAL berfungsi ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Gong Kedak di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari, Laskar Udara Kanan Hasnizam Abd Wahid, 26, yang melakukan terjunan dari pesawat pengangkut Caribou pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut, terhempas di kawasan lapang, kira-kira 100 meter dari kuarters pegawai pangkalan berkenaan.

SEBELUM INI, berderet-deret helikopter Nuri terhempas sehinggakan akhirnya Najib yang malu alah dengan masyarakat yang marah terpaksa membuat kenyataan akan menukar Nuri.

KUALA LUMPUR, July 18 (Bernama) — The cabinet has agreed to replace the fleet of ageing Royal Malaysian Air Force (RMAF) Nuri helicopters which has been in service since 1968, Datuk Seri Najib Tun Razak said.The deputy prime minister, who chaired the weekly cabinet meeting today, said he had informed Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who is currently on leave, and his cabinet colleagues on the need to speed up the replacement programme in the interest of the country.”And they’ve given their approval,” he told reporters here.Najib, who is also Defence Minister, said the cabinet agreed that the procurement of the new helicopters be done through international open tender to be called in the next few months.

SELAIN ITU, kes skandal kapal selam yang tidak mampu menyelam semakin memalukan rakyat negara ini.

Jika dibandingkan dengan Angkatan Bersenjata Singapura, kita patut malu dari segi peralatan ketenteraan.

Dari segi jumlah askar pun, tenaga sepenuh masa tentera Singapura sekitar 32,000 dan ditambah dengan 40,000 yang sedang membuat khidmat negara. Selain itu, sekitar 350,000 sentiasa bersiap sedia untuk dipanggil berkhidmat pada bila-bila masa.

Dari segi peralatan, Singapura menggunakan yang terbaik di dunia dan menjalin hubungan akrab dengan Israel dan Amerika. Malaysia dibawah UMNO pula membeli peralatan ketenteraan berkualiti rendah sehinggakan payung terjun dan helikopter pun tidak boleh berfungsi.

2. DISKRIMINASI

The SAF's policy towards Malays, who share religion and ethnic ties with Singapore's largest neighbors, Malaysia and Indonesia, has been a source of controversy over the years. Malays were virtually excluded from conscription from the beginning of the draft in 1967 until 1977 and, after the policy was eased, were assigned mainly to serve in the police and civil defence (fire brigade), not active combat roles.

In 1987, Lee Hsien Loong (then Second Minister for Defence) stated that "If there is a conflict, if the SAF is called to defend the homeland, we do not want to put any of our soldiers in a difficult position where his emotions for the nation may be in conflict with his religion" and in The Roar of the Lion City (2007), military analyst Sean Walsh claimed that "official discrimination against the Malay population remains an open secret".

The Ministry of Defence contests the charge, noting that there are "Malay pilots, commandos and air defence personnel" and stating that "the proportion of eligible Malays selected for specialist and officer training is similar to the proportion for eligible non-Malays."

Women are exempt from National Service, but have served in both combat and non-combat roles, some as combat officers, but mostly in clerical and logistic positions in the earlier years[12]. The range of positions available to women has been expanded gradually, but is still limited. In July 2007, the SAF launched an exhibition highlighting the contributions of women in the armed forces. -wikisource"

Sekiranya orang Melayu ditindas dengan dihalang dari menyertai tentera di Singapura, keadaan tidak kurang teruknya di Malaysia apabila apabila orang Melayu Kelantan dan Terengganu ditindas sehinggakan hak royalti pun dihalang.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai kepentingan Johor digadaikan kepada Singapura tanpa melalui tapisan Parlimen. Dalam pelbagai isu termasuk isu tanah, isu air, isu ruang udara, isu Batu Putih, Jambatan dan banyak lagi. Apa pun , warga UMNO Johor tidak pernah lupa bersorak untuk UMNO di Johor.

3. Wajib BERKHIDMAT sukarela

Di Singapura, Korea Selatan dan negara-negara lain, rakyat diwajibkan menyertai tentera secara part-time untuk meastikan negara sentiasa kuat. Di Singapura, warga wajib menyertai tentera selama 2 tahun setengah. Kesannya, rakyatnya lebih berani, berdisiplin dan sepakat.

Di Malaysia, masih belum terdengar mana-mana sahutan daripada mana-mana pemimpin muda Pakatan yang menyahut cabaran KJ agar menyertai askar Wataniah. Macam mana nih??

Penulis sendiri sudah menyertai Wataniah sejak 9 tahun dahulu sekalipun tidak diwajibkan. Sekiranya PAS membuat polisi mendesak setiap keluarga penyokong/ahli PAS menghantar sekurangnya seorang anak ke Wataniah, nescaya Pakatan akan mempunyai ahli-ahli yang lebih berdisiplin.


Jangan lupa di Algeria dan Turki, sekalipun parti pro-Islam menang, askar merampas kuasa. Alangkah bagusnya jika ada seorang dikalangan kepimpinan Pakatan yang secara tegas mengarahkan ahli dan penyokong agar masuk tentera sukarela dan memperkasa negara.

4. Israel APCO

Sekiranya Singapura sekadar menjalin hubungan tentera dengan Israel, Malaysia selangkah ke hadapan dengan melantik syarikat Zionis Apco yang dipercayai kini sudahpun mentadbir negara secara tidak langsung.Cukup dikhuatiri sekiranya PAS enggan menerima ugutan/tawaran UMNO untuk 'bekerjasama', PAS akan dikaitkan dengan aktivit terorisma.

Sebelum ini pun, dana-dana sekolah agama anjuran PAS telah dihentikan bantuan dan ditutup atas tuduhan sebegitu.

Apa-pun, kita berdoa mereka bertaubat. Takutlah kamu kepada Tuhan yang Maha dahsyat Azab-Nya.

Tiada ulasan: