"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR: Suara Keadilan dicetak tapi mungkin lewat di pasaran

PKR akan meneruskan penerbitan Suara Keadilan walaupun gagal membarukan permit KDN akkbar tersebut. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Suara Keadilan, yang kini berhadapan dengan isu status permit penerbitan KDN, sedang dicetak dan pengurusan akhbar itu yakin dapat mengedarkannya hari ini sebagaimana telah dirancang sebelum ini.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chang berkata, Suara Keadilan akan tetap diedarkan hari ini walaupun kemungkinan lewat sedikit tiba di pasaran.

“Malam tadi selepas bermesyuarat bersama kepimpinan PKR, kami mengambil keputusan untuk terus mencetak akhbar Suara Keadilan walaupun ia akan diedarkan lambat sedikit berbanding rancangan asal.

“Jadi, ia tetap akan diedarkan cuma lambat sedikit seperti biasa,” katanya.

“Ini kerana selepas mesyuarat baru kita menyerahkan bahan-bahan artikel kepada pencetak jadi kerja-kerja percetakan kini sedang berjalan,” kata beliau ketika duhubungi The Malaysian Insider pagi ini.

Ahli Parlimen Batu ini memberitahu pencetak juga mahu parti mengambil segala tanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Beliau yang turut dikenali dengan nama Tian Chua berkata, seperti biasa sebanyak 100,000 naskhah dicetak.

Bagaimanapun beliau enggan menamakan pencetak dan lokasi cetakan.

PKR terpaksa mencari pencetak baru apabila pencetak akhbar tersebut memutuskan untuk tidak mencetak sehingga isu semasa dengan Kementerian Dalam Negeri diselesaikan.

Semalam, Dewan Rakyat juga menolak usul tergempar yang dibawa untuk membincangkan isu Suara Keadilan atas alasan Kementerian Dalam Negeri masih meneliti perkara tersebut.

Terdahulu Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib memberitahu The Malaysian Insider bahawa segala keputusan sama ada akhbar tersebut dicetak ataupun tidak bergantung kepada kepimpinan parti.

“Ikut parti, jika mereka cakap cetak... maka ia akan dicetak,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri Datuk Zaitun Ab Samad berkata, PKR perlu menanggung implikasi undang-undang jika terus menerbitkan Suara Keadilan yang permit penerbitannya sudah tamat.

Akhbar itu telah menerbitkan sebuah artikel muka depan bertajuk “Felda Bankrap”.

Permit penerbitan Suara Keadilan tamat 30 Jun lalu dan dengan itu tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan mengikut Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

-malaysianisider-

Tiada ulasan: