"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Oprah terima gaji hampir RM1 billion bagi tahun 2010




OPRAH WINFREY

MAJALAH Parade menyenaraikan Oprah sebagai selebriti berpendapatan paling tinggi pada 2010. Memetik laporan Parade, Oprah memperoleh pendapatan sekitar AS$315 juta (RM963 juta) pada tahun lalu.

Selebriti kedua berpendapatan paling tinggi pula ialah Michael Jackson yang berjaya mengaut aset kira-kira AS$275 juta (RM840 juta) sehingga Disember lalu.
Tersenarai dalam kedudukan ketiga selebriti menerima pendapatan paling banyak pula ialah kumpulan rock Australia, AC/DC dengan pendapatan sebanyak AS$114 juta (RM348 juta).
Johnny Depp tersenarai sebagai pelakon lelaki yang menerima bayaran paling tinggi iaitu AS$100 juta (RM306 juta) dan dia menduduki tempat keempat mengikut bancian Parade.
Kedudukan kelima milik Beyonce dengan pendapatan sepanjang tahun lepas sebanyak AS$87 juta (RM266 juta).
Suami Beyonce, Shawn Jay Zcarter (Jaz-Z) medapat pendapatan AS$63 juta (RM192 juta) di tempat keenam, manakala Lady Gaga memperoleh sebanyak AS$62 juta (RM189 juta) serta pelakon Sandra Bullock dengan pendapatan sebanyak AS$26 juta (RM171 juta).
Pengacara Ellen DeGeneres merperoleh pendapatan kurang AS$1 juta (RM3 juta) untuk berada di tempat kesembilan. Pengacara program realiti American Idol, Ryan Seacrest pula mengaut pendapatan sebanyak AS$51 juta (RM155 juta). Ryan sekali gus tersenarai sebagai pengacara paling banyak menerima bayaran pada tahun 2010.
Heroin filem Twilight, Kristen Stewart pula tersenarai sebagai pelakon wanita yang menerima bayaran paling tinggi dengan AS$25 juta (RM85 juta). Dia bagaimanapun tidak tersenarai dalam kedudukan 10 selebriti menerima bayaran paling tinggi dalam majalah Parade.
-kosmo-

Tiada ulasan: