"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video Lucah : Penglibatan RTC Serlahkan Pembabitan Najib



PETALING JAYA, 23 MAC: Pembabitan Tan Sri Rahim Thamby Chik,  pegawai khasnya Kamalulail Sulaiman  serta ahli perniagaan  Datuk Eskay Shazril Abdullah dalam fitnah video lucah adalah bukti nyata  Perdana Menteri Najib Razak turut terlibat dalam konspirasi  memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari politik.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution berkata Rahim dan Kamalulail bertanggungjawab terhadap tempahan bilik untuk tontonan video lucah itu bagi wartawan di Hotel Sri Carcosa  pada Isnin lalu.

 “Rahim Thamby Chik adalah Pengerusi Risda.  Tempahan yang dibuat di Carcosa Sri Negara untuk tontonan para wartawan dibuat oleh Timbalan Pengerusi UMNO Bukit Gantang, Datuk Kamalulail yang juga pegawai khas kepada Tan Sri Rahim.  Bayaran (bilik) dibuat menggunakan kad kredit  beliau,”  kata Saifuddin.

Saifuddin menyifatkan Eskay yang sebelum ini dikenali sebagai Datuk T, seorang ahli perniagaan yang mengaut projek berjuta-juta ringgit daripada kepimpinan UMNO.  

“Datuk Eskay yang ditemui Datuk Johari mempunyai ladang buah naga terbesar di kedah dan perniagaan chalet di Langkawi,” kata Saifuddin.

"Watak ini kita kenal dalam minggu lepas terbabit dalam kes saman dengan Datuk Yahya Jalil dan Gerbang Perdana dalam isu Jambatan Bengkok. kerana beliau (Eskay) membuat perjanjian dan mendakwa Datuk Yahya memungkiri janji membawa masuk sebagai rakan kongsi dalam perniagaan sebaliknya membawa Sultan Johor,” kata beliau.

Saifuddin berkata ketiga-tiga watak itu mempunyai kepentingan dalam  Umno dan cuba mengejar  pengaruh politik serta memenangi keyakinan Najib.

“Kes ini membuktikan pembabitan PM, UMNO dan orang yang mempunyai masalah dalam perniagaan kemudian kesemuanya mereka memangsakan DSAI dan serentak itu untuk membawa motif menghancurkan KEADILAN dengan menawarkan bukan saja video tapi ganjaran,” kata Saifuddin.

“Kita tahun watak-watak ini  mempunyai masalah. Tan Sri Rahim Thamby Chik, apapun alasannya. mungkin mahu melakukan 'comeback' dalam politik kerana dendamnya dengan DSAI akibat terbuang dari UMNO.

Saifuddin menegaskan Najib tidak lagi boleh menafikan peranan beliau dalam pusingan terbaru ini untuk menfitnah Anwar.

“Pembabitan UMNO terlalu jelas dengan janji Rahim untuk bawa Datuk Johari berjumpa Perdana Menteri. Perdana Menteri  tak mampu lagi berselindung dengan membuat penafian,’ kata Saifuddin.
-tvsnews-

Tiada ulasan: