"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Hakim tukar keputusan, 3 barang diterima sebagai bukti


KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II gempar apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Zabidin Mohd Diah mengubah keputusannya pada bicara dalam perbicaraan sebelum ini yang menolak tiga barangan yang dikemukakan pendakwa secara tipu helah untuk dijadikan sebagai bukti diterima hari ini.
“Berdasarkan bukti yang ditunjukkan (salinan asal waran tangkap), saya dengan ini menukar keputusan penghakimansebelum ini dan memutuskan tiga barang bukti sebelum ini diterima mahkamah,” kata Mohamad Zabidin.
Mohamad Zabidin sewaktu penghakiman bicara dalam perbicaraan sebelum ini memutuskan DNA yang diperoleh daripada berus gigi, tuala muka ‘Good Morning’ serta botol air mineral ‘Cactus’ tidak boleh diterima kerana penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilakukan secara tidak sah.
Sebaik sahaja kesemua saksi pendakwa selesai memberi keterangan, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memohon kepada mahkamah untuk mengkaji semula keputusan bicara dalam bicara sebelum ini kerana mereka sudah memperoleh salinan asal waran tangkap yang diberikan kepada Anwar sewaktu beliau ditangkap pada 16 Julai 2008.
Sebelum ini, pihak pendakwa membuat dua permohonan – permohonan pertama bagi semakan semula keputusan bicara dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti manakala yang kedua bagi mengarahkan Ketua Umum KEADILAN itu memberikan sampel DNAnya.
Menurut ketua pasukan peguam bela, Karpal Singh, permohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA merupakan sesuatu yang ‘bukan lazim’ dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia. 

Tiada ulasan: