"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tayang video lucah, Najib perlu pecat Rahim Thamby Chik


KUALA LUMPUR: KEADILAN Wilayah Persekutuan hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memecat pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerana menjadi dalang di sebalik penyebaran video seks palsu.
Ini kerana, tindakan jijik bermotif politik itu menjejaskan nama baik institusi Risda yang sudah berusia hampir 40 tahun.
“Najib mesti pecat dengan serta-merta Rahim Thamby Chik sebagai Pengerusi RISDA,” kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad pada kenyataan media hari ini.
Kenyataan itu sebagai reaksi kepada Rahim – bekas Ketua Pemuda Umno yang sewenang-wenangnya meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan walaupun Ketua Umum KEADILAN itu bukan individu dalam video itu.
“Orang yang sepatutnya letak jawatan ialah Rahim Thamby Chik sendiri. Beliau mencemar, menjatuhkan air muka dan merosakkan imej sebuah organisasi. Malah, beliau sebenarnya mencemar dan memalukan agama, bangsa dan negara,” katanya.
Rahim Thamby Chik bekerjasama dengan ahli perniagaan, Datuk Eskay Shazryl menayangkan video palsu itu Isnin lepas kepada wartawan tempatan di Hotel Carcosa Sri Negara. Lebih memalukan, tempahan bilik tayangan video itu juga dibuat atas nama Risda.
Dr Idris berkata KEADILAN Wilayah Persekutuan juga meminta polis meneruskan siasatan ke atas Rahim dan Shazryl kerana mengedar dan menayangkan bahan lucah di tempat awam.
“Kami minta polis meneruskan siasatan menyeluruh ke atas kumpulan ini, yang jelas menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan lucah. Jika bersalah, maka harus dibawa ke muka pengadilan,” kata mereka.

Tiada ulasan: