"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wan Azizah: Saya tahu video itu palsu dan fitnah


KUALA LUMPUR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyatakan beliau tidak berminat untuk duduk dalam apa-apa jawatankuasa untuk menyiasat kesahihan video seks yang cuba memfitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga suaminya.
“Sebagai Muslim, saya tidak tonton video sebegitu. Saya tak minat tengok video itu, haram dan berdosa,” kata Wan Azizah.
Beliau membuat kenyataan tersebut di luar mahkamah sewaktu mengulas sidang akhbar dibuat trio ‘Datuk T’ yang mengaku menjadi petualang di sebalik rakaman video yang kononnya memaparkan aksi seks Anwar.
Trio ‘Datuk T’ terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Bekas konsul Besar Thailand di Malaysia, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, dan Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuaib Lazim.
Wan Azizah juga percaya dan yakin video itu palsu dan semua kenyataan Abdul Rahim dan Shazryl dalam sidang akhbar mereka semalam bohong semata-mata.
“Saya nafikan sekeras-kerasnya semua kenyataan Eskay. Kenyataan beliau bahawa saya ada menghantar wakil atau SMS berkenaan video itu (kepadanya) tidak benar.
“Dari awal lagi saya tahu ia palsu jadi tiada sebab untuk saya tonton video itu” kata Wan Azizah.

Tiada ulasan: