"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami tidur berpelukan dengan perempuan lain dalam bilik tidur

AMPANG: “Saya dihalau dari rumah oleh suami gara-gara minyak dagu yang diberi perempuan simpanannya yang kini sudah mengandung dua bulan,” kata Maya, 23, yang terkejut melihat suaminya tidur berpelukan dengan perempuan lain dalam bilik tidur mereka, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu menjawab tanda tanya mengenai sikap suaminya berusia 28 tahun yang dingin terhadapnya sejak dua bulan lalu dan menghalaunya keluar dari rumah mereka di Ampang.

Maya berkata, terkejut dan marah dengan perkara itu, dia yang baru sampai dari kampung di selatan tanah air meminta bantuan jiran dan memanggil pihak masjid yang juga wakil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menangkap mereka tetapi hanya diberi kaunseling saja.

“Mereka tidak dikenakan tindakan apa-apa atas alasan lengkap berpakaian tetapi saya sendiri melihat mereka tidur bersama di bilik tidur kami.

“Marah dengan sikap suami, saya mengunci semua pintu rumah bagi mengelak mereka keluar dan menunggu kedatangan pegawai masjid untuk menangkap mereka,” katanya.

Menurutnya, ketika menunggu dia melihat pasangan itu sudah bangun dan melihat suaminya berdiri di tepi tingkap sambil menjerit mahu mencederakan dirinya sekiranya tidak mahu membuka pintu.

“Suami menggugut melakukan sesuatu yang buruk ke atas saya dan keluarga hingga memaksa saya membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, pagi tadi (semalam).

“Saya mahu keadilan dan tindakan sewajarnya ke atas mereka. Saya yakin suami dan pasangan masih bebas melakukan maksiat,” katanya. Maya berkata, mereka berkahwin dua tahun lalu atas dasar cinta tetapi kira-kira dua bulan lalu, suaminya membuat perangai selepas mengenali wanita berkenaan.

“Pada mulanya dipercayai suami terkena buatan (sihir) apabila langsung tidak pulang ke rumah memaksa saya menemui bomoh dan diberitahu wanita itu memberinya minyak dagu,” katanya.
-hmetro-

Tiada ulasan: