"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zaid: Saya juga tonton video itu

azlanBekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengakui beliau juga telah menonton video seks yang didakwa memalitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Zaid berkata berdasarkan apa yang ditontonnya beberpa persoalan mesti dijawab dan sebaik-baiknya ia dilakukan oleh sebuah badan bebas.

“Tidak seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang belum menonton pita itu, saya dalam kedudukan yang baik bagi membentuk pendapat. Bagi saya ketulenan video berkenaan mesti ditentukan.

“Memandangkan rasa skeptism terhadap institusi sendiri, makmal forensik dan pakar di negara ini, biar kita minta panel antarabangsa bebasyang terdiri daripada pakar (membabitkan) Scotland Yard, FBI, dan juga Pasukan Polis Berkuda Kanada, bersama-sama polis di negara ini bagi mengesahkan sama ada pita itu tulen atau palsu,” tulisnya.


Zaid bagaimanapun tidak mengulas sama ada beliau mempercayai lelaki dalam video lucah yang ditontonnya itu adalah ketua umum PKR.

Beliau juga tidak menyatakan bagaimana dia memperolehi seks video berkenaan.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: