"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video seks Carcosa kini di Internet


Klip video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini tersebar di Internet.
Malaysiakini difahamkan beberapa laman web anti pembangkang menyiarkan laporan bahawa video yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak tengahari.

NONESemakanMalaysiakini juga mendapati video yang dilabel sebagai “VTS 01 1" itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "thepowercam."

Maklumatnya di Youtube menunjukkan pengguna berkenaan menyertai laman kongsi video itu semalam dan dikatakan berasal dari Thailand.

Video sepanjang hanya 1 minit 41 saat itu adalah sumbangan tunggalnya.

Sarikata dalam bahasa Thai itu berbunyi: "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011"

Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri AnwarIbrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: