"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri muda tetak madu dipenjara

ALOR SETAR: Seorang isteri muda hanya mampu menangis sambil menekup muka dengan tangan apabila Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara dua tahun setelah dia mengaku bersalah mencederakan madu dan anak tirinya di Jitra Januari lalu.
Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Nor Azmah Shaari, 28, yang melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Kampung Baru Baru, Jitra pada pukul 10.30 pagi 7 Januari lalu.
Hukuman berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 8 Januari lalu.
Mengikut pertuduhan, Nor Azmah didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Siti Aminah, 51, dengan menggunakan sebilah parang.
Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 324 akta yang sama iaitu secara sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anak mangsa berusia 16 tahun dengan menggunakan sebilah parang.
Menurut fakta kes, semasa anak mangsa mahu mengambil adiknya di rumah untuk diberi makanan, ibu tirinya telah melibas dahinya dengan parang tetapi dia dapat mengelak.
Siti Aminah yang turut berada di rumah itu cuba menghalang tetapi ditetak oleh madunya itu di kepala dan muka.
Anak mangsa turut ditetak di kaki menyebabkan kedua-duanya terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
-kosmo-

Tiada ulasan: