"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fitnah 2: Permohonan singkir hakim Zabidin ditolak, peguam kemuka rayuan


KUALA LUMPUR: Seperti dijangka, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguam untuk menyingkirkan beliau daripada mendengar kes fitnah 2.
Ketika membuat keputusan tersebut, Zabidin menyatakan permohonan itu tidak mempunyai sebarang merit, meskipun beliau sebelum ini dilihat menyebelahi saksi utama pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Saya dapati permohonan ini tidak mempunyai sebarang merit jadi permohonan ditolak,” kata Zaibidin ketika membuat keputusan.
Berikutan itu, peguam Karpal Singh berkata, beliau dan pasukannya akan mengemukakan rayuan untuk mengenepikan  Zabidin selewat-lewatnya petang ini. Karpal juga memohon agar kes ditangguhkan terlebih dahulu.
Pagi tadi, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan untuk menyingkirkan Zabidin kerana melakukan pra-penghakiman sewaktu membuat keputusan untuk memanggil Anwar membela diri, 16 Mei lalu.
Ini kerana Zaibidin ketika membuat keputusan itu menyatakan saiful sebagai saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai, meskipun fakta perbicaraan menjelaskan percanggahan keterangan yang diberi Saiful di mahkamah
Karpal Singh dalam hujahnya berkata, Hakim Zabidin bersikap berat sebelah dalam membuat keputusan dan tidak mungkin berlaku adil dalam menghakimi kes ini.

Tiada ulasan: