"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lapan pegawai imigresen bebas

PUTRAJAYA: Lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 antara 10 hingga 12 Oktober tahun lalu kerana disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan manusia, akan dibebaskan hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pembebasan mereka akan dilakukan secara berperingkat.

“Saya memutuskan untuk membebaskan lapan orang pegawai terbabit. Buat permulaan, tiga orang pegawai akan dibebaskan, manakala selebihnya dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Hishammuddin berkata, pembebasan itu dibuat selepas KDN mendapati semua tahanan terbabit menunjukkan kesedaran dan keinsafan atas kesilapan mereka.

Malah, katanya, mereka berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan serta memberikan kerjasama baik kepada polis dalam usaha memerangi kegiatan penyeludupan manusia di negara ini.

“Penahanan mereka sebelum ini mengikut ISA 1960 selaras pendirian kerajaan mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini, sekali gus membolehkan siasatan menyeluruh dibuat khususnya terhadap sindiket penyeludupan warga asing dan urusan keluar masuk.

“Tindakan ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk membuktikan kepada masyarakat di negara ini serta masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia amat komited memerangi aktiviti penyeludupan manusia,” katanya. Dalam hubungan itu, katanya, pihak berkuasa di Malaysia akan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang usaha menjadikan negara ini sebagai pusat transit bagi kegiatan berkenaan.

“Pada masa yang sama, saya mengingatkan pegawai serta kakitangan yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan di pintu masuk negara supaya melaksanakan tugasdengan penuh amanah. “Jangan sesekali mengkhianati negara ini semata-mata ingin mengejar kemewahan hidup,” katanya.
-hmetro-
*eh boleh main bebas macam tu je. Ini melibatkan keselamatan negara, kalau ada bukti mereka bersalah mesti dakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Mana boleh main lepas macam tu je. Katalah kalau seorang perompak atau perogol kena tangkap, lepas tu mengaku nyesal, sedar dan  insaf, boleh ke polis bebaskan penjenayah tersebut.
Ini macam ada yang tak kena je ni - kerengga

Tiada ulasan: