"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis rampas buku nota wartawan Malaysiakini

Polis merampas buku nota wartawan Malaysiakini berdasarkan laporan berita yang disiarkan oleh portal berita itu berhubung dakwaan timbalan presiden PAS Mohammad Sabu bahawa motosikal yang diboncengnya dirempuh oleh kenderaan polis pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu.
Buku nota berkenaan diserahkan kepada anggota polis dari ibu pejabat polis Brickfields di luar bangunan pejabat Malaysiakini di Bangsar semalam.

Polis menggunakan Seksyen 51(1) Kanun Acara Jenayah yang membenarkan mahkamah atau mana-mana anggota polis mendapatkan dokumen yang difikirkan perlu dengan tujuan menjalankan siasatannya.

Pada 2 Ogos lalu, wartawan Malaysiakini juga diarahkan ke balai polis Petaling bagi merakamkan kenyataannya berhubung perkara yang sama.

Antara soalan yang diajukan ialah sama ada wartawan berkenaan mengenali mana-mana rakannya yang menulis berita seumpama itu yang boleh disoal oleh polis.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: