Mohd Sayuti Omar
PENDEDAHAN dibuat oleh sebuah portal berita yang dilabelkan pro-pembangkang oleh media taksub kepada pemerintah mengenai ‘salah teknik’ berhubung status seorang insan bernama Mismah (mungkin pendatang tanpa izin – (Pati) dari Indonesia) yang dikorek dan digali didapati dengan mudah mendapat hak kerakyatan di negara ini, telah mengaluributkan kantor Jabatan Pendaftran Negara (JPN).
Apa yang anih lagi dalam siasatan protal berita berkenaan Mismah dinaikkan taraf sebagai warganegara ini dari status sebagai penduduk tetap kepada waganegara dalam tempoh empat jam saja.
Empat jam sebelum itu (menurut pengesanan menerusi online JPN) menunjukkan Mismah adalah pemegang Mykad sebagai penduduk tetap dengan MyPR (merah) bernombor: 640704715238, tetapi empat jam kemudian telah dinaikan taraf sebagai pemegang Mykad berwarna biru sebagai warganegara Malaysia yang layak mengundi. Fantastik dan hebat sungguh sistem pendaftaran JPN negara ini.
Mungkin juga dikala portal berita berkenaan membuat penyiasatan proses mengup-gradkan penduduk tetap sedang diproses!
Paling mengejutkan lagi dia telah disahkan sebagai pengundi berdaftar di negara ini. Malahan pengesahan beliau sebagai pengundi baru masih lagi dalam edah beliau pemegang MyPR berwarna merah. Apabila beliau sudah berdaftar sebagai pengundi dalam erti kata lain Mismah akan menjadi seorang pemilih setaraf dengan warganegara asal negara ini. Inilah yang menajkubkan dan menyebabkan sesuatu yang tidak kena kepada keselamatan negara.
Hari ini Ketua Pengarah JPN, Jariah Mohd Said telah membuat penjelasan agak penjang lebar juga. Kepantasan penjelasan itu semacam pengarah itu dalam ketakutan kini seolah-olah kerja jahat dilakukan oleh jabatannya terbongkar.
Jangan main-main kalau proses berkenaan 'terlalu' salah teknik kemungkinan Jariah akan dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Memberi atau meluluskan pendatang asing atau warganegara asing menjadi warnegara ini tanpa prosuder yang betul satu kesalahan. Satu maklumat dalaman yang sampai kepada saya memang ada kegiatan memproses pendatang haram untuk diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pengundi.
Jariah menafikan yang taraf dan status Mismah dari pemegang kad merah kepada kad biru berubah dalam masa empat jam.
Jelasnya, Mismah telah memegang kad merah, menjadi penduduk tetap (PR) sejak 17 Julai 1982 manakala permohonannya menjadi warganegara diluluskan pada 31 kjanuari 2011 setelah 29 tahun menjadi penduduk tetap. Jadi menurut Jariah dari catatan rekodnya adalah tidak betul kalau taraf kewargangeraan Misamah berubah dalam tempoh empat jam.
Persoalan kini siapa yang betul dan berbohong dalam hal ini. Siasatan protol berita berkenaan bersumberkan kepada online JPN sendiri dan juga online SPR yang bohong? Apakah online berbohong? Kalau portal berita itu berbohong maka tindakan tegas perlu diambil kerana apa didedahkan memalukan negara. Kejadian itu seolah-olah pentadbiran kita macam pentadbiran di zaman sebelum merdeka yang menggunakan semuanya dibuat secara manual.
Bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu Jariah juga turut memberitahu sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011 Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dikepalai oleh Hishamuddin Hussein telah meluluskan 29,290 orang daripada 72,334 orang pemohon untuk mendapat wargenegara ini dalam tempoh tersebut. Ini bermakna purata dalam tempoh lebih kurang dua tahun itu seramai 1,126 orang menjadi warganegara ini pada setiap bulan.
Sayang Jariah tidak mengecerkan jumlah berkenaan mengikut rupa paras atau pun ethnik para pemohon yang diterima sebagai warganegara itu. Kalau tidak kita boleh kira kaum atau ethnik mana yang ramai diterima sebagai warganegara ini. Kalau boleh beliau juga perlu perincikan mengikut ethnik atau bangsa yang memohon untuk menjadi warganegara ini daripada jumlah terbaki dari 72,334 orang itu.
Kelulusan permohonan itu menurut Jariah dibuat mengikut Perkara 19 Perlembagaan Negara di mana mereka adalah warga asing yang bermastautin di Malaysia tidak kurang 12 tahun.
Berbalik kepada kes Mismah tadi ia sungguh memalukan. Walaupun ia adalah salah teknik tetapi kejadian itu menunjukkan kelemahan sistem keselamatan kita terutama menerusi talian online. Tidak seharusnya kesilapan itu berlaku sehingga ia akan dijadikan hujah atau bukti bagi menunjukkan beberapa kepincangan dalam pentadbiran khusunya JPN dan juga SPR berlaku.
Mungkin ramai yang berfikiran seperti saya, soal teknikal atau kesilapan manusia dalam kes Mismah itu hanya alasan saja. Mungkin sesuatu yang buruk sedang berlaku dalam kedua agensi itu JPN dan SPR. Boleh jadi juga selain Mismah itu masih banyak "Mismah" di Malaysia yang sudah diproses permohonan mereka. Apa dibimbangkan apakah selepas ini akan ada pula parti MISMAH. - Malaysia Ini sudah Mahu Hancur!
Adalah sesuatu yang mendukacitakan kalau kelajuan proses terhadap Mismah-Mismah menjadi warganegara itu kemudian didaftar sebagai pengundi ia dibuat berselindung angenda tertentu yang berpaksikan kepada nafsu amarah. Malang sungguh. Perkara ini perlu dibimbang oleh semua rakyat negara ini. Setiap dari kita perlu berjaga-jaga dan kakitangan kerajaan yang diberitanggung hendak bertanggungjawab dan kalau perlu membantah, bantahlah. Ingat masa depan negara dan bangsa.
Kita tidak menolak untuk menerima mereka yang layak untuk menjadi warganegara ini, luluslah jika mereka sudah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan. Tetapi kalau mereka diproses hanya untuk memenuhi kehendak golongan tertentu - menjadi pengundi hantu alangkan malangnya.
Demokrasi negara kita sudah buruk dan sudah cemar. Pilihan raya kita sudah kotor dan sudah busuk. Kalau kekotoran dan kecemaran itu ditambah dengan kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya, semisalnya mendaftarkan pendatang asing sebagai pengundi, ia sesuatu yang sungguh jijik dan satu kemalangan kepada negara ini.
Mungkin keburukan dan kejahatan lain boleh dimaafkan tetapi kalau membenarkan orang asing bagi menentukan nasib dan masa depan negara ini sungguh celaka jawabnya. Ini bermakna masa depan negara dan pemimpin kita turut ditentukan sama oleh orang luar. Apalah bezanya keadaan dengan zaman penjajah yang mencampuri semua urusan hidup kita satu masa dulu? Merdeka ini yang kita banggakan tidak membawa apa-apa makna kalau kita tetap memperhambakan kepada kuasa asing.
Dengan mengambil kes Mismah yang dianggap terpencil itu ia boleh mengesahkan beberapa perkara yang diragui dan dipertikaikan sebelum ini. Antaranya; 1. Mengesahkan memang ada pendaftaran pengundi di kalangan Pati untuk menjadi pengundi, 2. Keselamatan negara sudah tidak terjamin lagi, dan 3. JPN dan SPR sedang berganding bahu membantu ke arah kebusukan dan kekotoran.
Rumusan dari segala itu, jelas tuntutan dan desakan Bersih terhadap lapan perkara itu ada kebenarannya dan semua rakyat perlu memberi sokongan dan kerajaan pula untuk tidak makin pupus wibawaanya perlu sedar dan mengambil peduli atas desakan bersih itu.
Apapun hujan Abdul Aziz Yusuf kononnya biometerik sebagai option terbaik untuk membersihkan pilihan raya ia adalah satu helah dan dalih mentah saja dalam usaha SPR yang dianggap sebagai salah satu komponan BN untuk mempertahankan BN dalam pilihan raya ke-13 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan