"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin kena gugur kalau ada rombakan kabinet?

Sofi Wahab
Rombakan kabinet mungkin diadakan sedikit masa lagi mungkin sebelum Pilihanraya Umum ke 13. Perkara ini tidak mustahil kerana Najib sendiri mengumumkan baru-baru ini bahawa Presiden MIC, G.Palanivel akan dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan kaum India mendapat 2 menteri penuh dalam kabinet. Maknanya kemungkinan besar rombakan ini akan berlaku bila-bila masa sahaja. Ianya penting sebagai persediaan untuk Najib merancang dan menentukan strategi bagi kesinambungan BN dan dirinya sendiri.Beliau mungkin akan mencantas sesiapa sahaja yang dilihat 'menentang' nya.

Ada pihak menjangkakan bahawa selain Palanivel beberapa menteri dan timbalan menteri juga mungkin terlibat. Lebih parah lagi jika Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sendiri terlibat. Ianya mungkin berlaku jika Najib berasa tergugat lantaran desakan supaya beliau meletakkan jawatan semakin hangat sekarang. Mungkin Muhyiddin dilihat sebagai orang yang terlibat secara tidak langsung dengan gerakan mendesak Najib meletakkan jawatan kerana dikatakan menjadi liabiliti kepada Umno/BN.

Sebuah NGO baru yang terdiri dari bekas-bekas wakil rakyat Umno yang dinamakan Penawar secara terang-terang mahukan Najib berhenti. Penawar diketuai oleh bekas Setiausaha Politik Mahathir yang juga bekas Menteri.

Kemungkinan untuk Muhyiddin dicantas tetap ada jika Najib benar-benar terancam atau jika Najib mula mencurigai Muhyiddin.
 

Tiada ulasan: