BAHAGIAN depan kereta Rowan Atkinson yang remuk.
CAMBRIDGE, Britain: Pelakon komedi terkenal, Rowan Atkinson hampir maut apabila kereta mewah yang bernilai £650,000 (RM3.19 juta) yang dipandunya terbabas, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemegang watak Mr. Bean yang memandu kereta McLaren F1, 56, itu berpusing sebanyak tiga kali dan melanggar pokok dan papan tanda kelmarin dekat kampung Haddon, barat England.
Dia keluar dari kereta itu dengan mengalami kecederaan kecil. Keretanya turut terbakar dalam kejadian itu.
Atkinson dibawa ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin.
Dia sebelum ini pernah terlibat dalam kemalangan pada tahun 1999 di Lancashire.
-Agensi-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan