Awang Sulong
Siapa yang tersisih dan siapa yang disisihkan serta siapakah yang kini sedang berperang untuk menyelamatkan kedudukan.
Persoalan ini dikemukakan Awang Sulung memandangkan, sedang di canang seluruh negara bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang disisihkan dan hendak diganti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Akhbar-akhbar milik UMNO terutama Utusan Malaysia sedang giat memainkan propaganda ini kerana mereka secara realiti mengetahui bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kini sebenarnya sedang diserang dari dua serangan orang dalam iaitu datang dari Mantan Perdana Menteri yang kini sedang bergerak aktif untuk menamatkan riwayat politik Najib.
Mantan Perdana Menteri itu kini sedang mengorak langkah untuk menaikan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri memandangkan Najib bukan sahaja tidak mendapat kepercayaan daripada rakyat tetapi juga daripada kalangan ahli-ahli UMNO yang mendapati Najib tidak mungkin akan dapat memenangi semula negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dan menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.
Satu sudut lagi serangan dari Ku Li yang menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dianggotai oleh pemimpin-pemimpin veteran dari kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).
Parti-parti komponen BN ini merasa Najib hanya akan membawa bencana dan kebinasaan kepada gabungan itu memandangkan setiap langkah yang diambil menjauhkan pengundi dari parti tersebut.
Terdapat teori-teori yang sedang dibicarakan di dalam arena politik negara, teori RAHMAN akan berakhir di mana Najib akan menjadi Perdana Menteri terakhir dari BN.
Penubuhan Amanah oleh Ku Li pula ialah untuk menjadi tempat persinggahan kepada ahli-ahli BN terutama UMNO untuk keluar dari gabungan itu tetapi tidak mahu dilihat beralih kepada Pakatan Rakyat secara terus, maka penubuhan Amanah ini merupakan cara terbaik untuk mengaburi mata Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO lain.
Ada yang menyatakan teori Amanah merujuk kepada A (Anwar Ibrahim atau Abdul Hadi Awang) dan M (merujuk kepada Muhamad Azmin Ali atau Muhamad Sabu).
Yang pastinya, teori Amanah ini jelas menunjukkan iltizam untuk mengangkat amanah rakyat untuk memastikan negara ini terus membangun serta mendokong hasrat rakyat untuk sebuah negara untuk rakyat demi rakyat.
* Nama Awang Sulung ini diambil dari Hikayat Awang Sulung Merah Muda:
Pada usia Awang berumur 18 tahun, beliau telah diuji oleh seorang Panglima Raja yang sombong lagaknya. Biduk Berlalu Kiambang Bertaut, begitulah tindakan yang disambut oleh Awang dengan mengalahkan Panglima Raja itu. Maka, terciptalah seni bela diri dengan nama Awang Sulung Merah Muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan