"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan Rakyat kemuka Belanjawan 2011


KUALA LUMPUR: Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk mengemukakan Belanjawan 2012  yang dijangka dibentangkan Oktober nanti.
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, belanjawan itu untuk memberi peluang kepada rakyat dan sektor perniagaan menilai pendekatan ekonomi Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.
“Belanjawan 2011 oleh Pakatan Rakyat adalah satu lagi dokumen ekonomi yang memberi peluang kepada rakyat dan sektor niagawan menilai sendiri perbezaan pendekatan ekonomi yang akan diambil Pakatan Rakyat sekiranya ia berkuasa kelak,” kata Anwar ketika sidnag media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Keputusan itu dicapai selepas Rundingan Ekonomi Buku Jingga yang pertama melibatkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, ahli ekonomi, penganalisa pasaran dari bank dan firma kewangan, pimpinan kesatuan sekerja dan juga wakil dari persatuan penguna.
Turut hadir pada sidang media berkenaan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Menurut Anwar, pandangan semua pihak yang terlibat hari ini akan digarap dalam Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat nanti.
Beliau turut membayangkan kemungkinan sistem permit dan dasar-dasar ekonomi Barisan Nasional yang ketinggalan zaman akan dikaji semula.
“Pakatan Rakyat percaya bahawa kos sara hidup yang tinggi hari ini adalah akibat dasar-dasar Barisan Nasional yang mewujudkan monopoli dan ketinggalan zaman.
“Ada keperluan mendesak agar sistem permit terutamanya yang bersabit import barang keperluan utama dikaji keseluruhannya kerana ia meningkatkan harga barangan yang menekan rakyat,” kata Anwar.
Pada masa yang sama, Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat itu akan turut menumpukan kepada usaha untuk menurunkan harga petrol dan diesel yang tinggi.
“PR berpendapat harga petrol dan diesel yang tinggi di Malaysia adalah akibat perancangan guna tenaga yang lemah.
“Malaysia dilaporkan masih menggunakan 70 peratus dari minyak mentahnya yang bergred tinggi dan mahal untuk diproses bagi kegunaan domestik.
“Oleh kerana itu, PR yakin harga petrol dan diesel boleh diturunkan segera melalui perancangan guna tenaga munasabah,” kata Anwar.

Tiada ulasan: