"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Dr Hassan Ali : Saya Patuh Arahan Mursyidul Am.

Khairul Faizi

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
Seperti dijangka, sejak Dr Hassan Ali dipecat daripada PAS pada minggu lalu maka media massa khususnya media cetak akan memberikan ruang yang cukup istimewa kepada beliau untuk berada di muka hadapan akhbar cetak.

Hari ini, Sinar Harian dengan tajuk PAS DALAM BAHAYA manakala Berita Harian pula dengan tajuk ANWAR PUNCA PAS GERHANA. Utusan Malaysia, lidah rasmi UMNO pula memaparkan tajuk yang lebih sensasi iaitu TOLAH ANWAR - HASAN

Secara keseluruhannya berita yang ingin dipaparkan di dalam media ini lebih kepada keyakinan Dr Hassan Ali bahawa apa yang berlaku terhadap dirinya adalah disebabkan oleh pengaruh 'kumpulan parasit' yang mampu gugat hala tuju perjuangan PAS dan Dr Hassan juga percaya bahawa apa yang berlaku semua ini adalah disebabkan kerana DS Anwar Ibrahim.

Kerana menghormati saranan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am agar semua pihak 'tutup mulut' di atas isu pemecatan Dr Hassan Ali maka saya akan hentikan dahulu perbincangan berkaitan dengan isu ini cuma sebelum itu saya ingin lontarkan satu persoalan kepada Dr Hassan iaitu apakah harapan yang ingin beliau capai setelah selesai daripada 'roadshow' yang akan dilakukan selepas ini.

Apapun, saya menghormati keputusan beliau yang enggan membuat rayuan di atas pemecatannya daripada PAS.

Terus berjuang!

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Taman Sri Kluang
17 Januari 2012, 8.38 pagi.

Tiada ulasan: