"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Baiah Calon PAS: Dr Hassan Ali patut kosongkan kerusi Dun Gombak Setia

http://malaysiaaktif.my/v2/media/k2/items/cache/95a78f3015bd19286b33c65657114fc4_XL.jpg

PAS Kawasan Batu menyifatkan pemecatan PAS Pusat terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr Hassan Ali tepat dan wajar, ekoran tindak-tanduknya yang sarat dengan kontroversi sejak Pakatan Rakyat menang 2008 yang lalu.


Yang DiPertuanya, Ishak Surin berharap, pemecatan beliau akan memberi iktibar kepada mana-mana pemimpin dan ahli PAS semua peringkat, agar berwaspada dalam mengeluarkan kenyataan dan sentiasa mendahulukan jamaah daripada sebarang kepentingan diri sendiri atau puak.

Katanya, teguran Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali bahawa tindak-tanduk Hassan merugikan PAS akhirnya diperakui dengan tindakan pecat, walaupun sebelum itu ada pihak dalaman parti yang berbelah bahagi untuk mengkelaskan tindakan Hassan itu sebagai "merugikan parti".

PAS Batu katanya, mahu Hassan menterjemahkan kandungan "Baiah Calon PAS" sewaktu dilafazkan menjadi calon Dun Gombak Setia secara praktikal bagi menyelamatkan maruahnya. Jika perlu, Hassan mesti meletakkan jawatan sebagai Adun Gombak Setia, kerana kedudukannya sebagai Adun adalah atas tiket PAS maka setelah beliau dipecat, jawatan itu mesti dikosongkan.

Ishak menegaskan, banyak pihak dalam PAS "terlupa" dengan kandungan "Baiah Calon PAS" yang dilafazkan setiap calon Parlimen dan Dun, apabila berdepan dengan kes seperti pemecatan Hassan Ali, kerana beliau berpendapat dan yakin, kerusi Dun mesti dikosongkan apabila beliau dipecat.

"Terpulanglah kepada PAS Pusat atau Majlis Syura PAS untuk mentafsir bait-bait tertentu 'Baiah Calon PAS' tersebut berkenaan kedudukan Hassan Ali selepas dipecat," tegasnya.

Tiada ulasan: