"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan tawan Putrajaya jika satu lawan satu - Mohamad Sabu


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan menang dan membentuk kerajaan persekutuan baru jika parti itu meletak hanya seorang calon menentang BN dalam pilihan raya umum 13.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, andaian ini berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008.


Katanya, Pakatan Rakyat menawan lima negeri – Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan mengekalkan Kelantan.

Bagaimanapun, Perak kembali ke pangkuan BN ekoran tiga Adun Pakatan Rakyat melompat parti pada 2009.

“Jika satu lawan satu, Putrajaya boleh bertukar tangan,” katanya.

Tidak takut

Pemimpin popular PAS itu berkata, masyarakat bukan Islam sudah tidak takut dengan parti Islam itu.

Menurutnya, penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap PAS telah memecah pemikiran rakyat bahawa kerajaan BN boleh dikalahkan di peringkat Putrajaya.
Bila mereka mengundi PAS, lima negeri itu tumbang, tambahnya.

“Rakyat melihat Putrajaya bileh dikalahkan,” kata Mohamad.

Pilihan raya umum 2008 merupakan kejayaan paling besar pembangkang dalam sejarah pilihan raya negara.

Tiada ulasan: