"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bertaruh RM15,000 kalau Brahim dapat laluan BN

Mohd Sayuti Omar
Ada dua cerita atau maklumat sikit pelik dari Kelantan yang sampai ke telinga saya pagi ini. Satunya mengenai keberanian seorang perniaga gerai makan bertaruh sebanyak RM15,000 sekiranya Inchek Ibrahim Ali mendapat laluan untuk bertanding atas tikit BN berlambangkan dacing. Syarat pertaruhan itu juga sekiranya Ibrahim diberi laluan oleh BN dalam pilihan raya akan datang.

Wang pertaruhan itu katanya sudah diserahkan kepada orang tengah. Peniaga itu begitu yakin bahawa Ibrahim tidak akan mendapat laluan dari BN seperti mana Pas berikan pada tahun ahli parlimen 'kera' itu pada tahun 2008.

Sebelum ini ahli perniagaan peringkat gerai di bandar Pasir Mas itu bertaruh sekadar RM5,000 sahaja. Namun kerana dia yakin Umno Pasir Mas tidak akan memberi laluan menaikkan nilai pertaruhannya.

Berita kedua ialah mengenai nasib ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang juga seperti mengharap pelangi berbuah rambai.

Zawawi yang lebih dikenali cikgu Awi sudah tidak dipedulikan lagi. Semalam sewaktu timbalan menteri pelajaran Puad Zarkasi datang ke Pasir Puteh untuk memenuhi satu undangan parti beliau dikatakan singgah di rumah Kamaruddin Mohd Noor untuk berihat.

Kamaruddin bekas ketua bahagian disebut-sebut akan diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Puteh di mana kerusi berkenaan sepatutnya tempat cik Awi. Tindakan Puad itu katanya menimbulkan kemarahan para penyokong cikug Awi yang menganggap satu pukulan buat ketua Umno bahagian Pasir Puteh itu.

Pihak lain pula menterjemahkan kunjungan Puad itu menjelaskan bahawa Kamaruddin yang tewas dalam perebutan ketua bahagian di tangan cikgu Awi sudah sahih akan bertanding di kerusi parlimen Pasir Puteh.

Tiada ulasan: