"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inilah bakal Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang

Sinar Harian
Muhyiddin bayang Chang Yeow Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menangBUTTERWORTH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow boleh menjadi ketua menteri jika BN diberi mandat mentadbir semula negeri ini.
Ia bayangan pertama BN di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Dipetik Bernama, beliau berkata, ini bukanlah satu pengumuman tetapi ia menggambarkan BN mempunyai pemimpin yang lebih layak untuk menerajui negeri ini dengan lebih baik.

"BN mempunyai banyak perancangan untuk majukan Pulau Pinang termasuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi mengatasi masalah perumahan di negeri ini, juga pelbagai projek pembangunan lain.

"Ketika ini banyak projek pembangunan yang dirancang di bawah agensi atau jabatan kerajaan persekutuan berdepan dengan pelbagai halangan untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan negeri, oleh itu berilah BN peluang untuk mentadbir kembali Pulau Pinang untuk kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran gelombang biru dan himpunan rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih, Perai di sini malam tadi.

Turut sama pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30,000 orang itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Naib Presiden MCA yang juga Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Chang Yeow, 48, adalah bekas anggota exco kerajaan negeri dan dilantik memegang jawatan pengerusi BN negeri tahun lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.

Muhyiddin menegaskan segala pencangan yang telah dilaksanakan kerajaan persekutuan di bawah program transformasi mencapai kejayaan yang membanggakan dan faedahnya dikongsi bersama dengan rakyat.
-sinarharian-
*Koh Tsu Koon dulu tu Jawa, yang ni Bugis kot. Jadi orang melayu Pulau Pinang diminta memberi kemenangan besar kepada umno/bn supaya dapat mengembalikan jawatan Ketua Menteri kepada orang melayu...kah kah kah hidupmelayu - kerengga

1 ulasan:

xairlinepilot berkata...

Selepas 53 tahun memerintah, BN masih tercari2 bagaimana utk memajukan Penang. 53 tahun itu juga BN melakukan transformasi yg menghalau org melayu dari pulau ke tanah besar? Bukan jangkamasa 5 tahun PR boleh berbuat begitu, akan tetapi BN akan guna kaedah "optimum denial" bg menunjuk yg mereka bersih.

Harus diingat jg! Penang didalam Malaysia, begitu jg Selangor! Kedah dan Kelantan, yg membayar cukai serta lain2 pendapatan kpd pusat, oleh itu Kerajaan harus melaksanakan apa2 infrastruktur yg hatus didirikan tanpa mengira kepentingan politik. Jika kerajaan gagal melaksanakan, oleh itu bermakna kerajaan pusat yg dipinpin oleh BN gagal dlm transformasi yg di war2kan.

BN harus sedar bahawa rakyat Penang yg mengundi PR, sila hormat kpd pilihan rakyat. Ini adalah hak rakyat utk memilih tanpa mengira agama, warna kulit atau bangsa kerana kita rakyat Malaysia yg majmuk.

Berusahalah utk menjadikan Malaysia ke arah negara maju dan bukan "excuses" bermacam2.

Sejenak berfikir... Kenapa rakyat Penang menjatuhkan BN pada PRU12?

Mesti ada sebabnya...

Fikir dan terus fikir utk dpt puncanya..