"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ceramah Dr Abd Aziz Bari pecah tembok penghalang

Blog Ibn75.wordpress.com
PONTIAN – Jika dahulu amat sukar PAS mendapat kepercayaan daripada masyarakat untuk memperjuangkan nasib mereka.

Bagaimanapun, akhir-akhir ini tembok penghalang bagi masyarakat mendekati parti Islam itu berjaya dipecahkan.

Hal ini dapat dibuktikan, kata Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pontian, ketika menganjurkan ceramah Aziz Bari terdapat tiga isu tempatan berjaya diketengahkan.

” Ia hasil daripada orang ramai yang datang mengadu kepada kami berhubung beberapa masalah. Mereka telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Dr Abdul Aziz selaku wakil Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut dengan harapan isu yang diketengahkan ini mampu membuka mata banyak pihak terutama UMNO Pontian,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Ceramah ‘Saat Melakar Perubahan’ anjuran PAS Cawangan Sungai Besar bersama Dewan Pemuda PAS Pontian, di pekarangan PASTI al-Hirak, Pekan Tampok, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang dan Mohd Hanif Hosman, Ketua AMK Keadilan cabang Pontian.

Terdahulu, majlis diserikan dengan penyerahan memorandum bantahan daripada Mohd. Ameruddin, wakil penduduk Tampok Darat dalam isu jalan, Mohamad Tahir, wakil penduduk Kampung Sungai Besar laut dalam isu jalan dan Mohd Syafie, wakil belia dalam isu bantahan bayaran menggunakan gelanggang Futsal 1Malaysia Kompleks Penghulu Mukim Benut.

1 ulasan:

Cik Salju berkata...

Prof Aziz di jangka akan bertanding di kampung halamannya Sabak Bernam PRU kali nie melalui kerusi PKR.

Hari ini golongan profesional banyak bersama PR, umno pula hanya di penuhi orang tua kampung dan samseng kampung.

Samseng kampung tajaan umno ini ada diantaranya masih tak cukup umur untuk keluar mengundi.

Incek Kerengga, harap dapat letak link blog baru PR ini di blog ini.
- http://astanakandis.blogspot.com/
Supaya mudah saya kesana dan kemari. Jika dapat di tunaikan saya sangat berterima kasih.