"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nasha lepaskan pendam di hati di katil hospital

bumiperak

6 Jan: Tajuk berita utama Berita Harian hari ini.. AHLI Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa menjawab soalan yang dikemukakan pembaca BH Online menerusi program lintas langsung di salah satu pusat perubatan swasta Kuala Lumpur, sebentar tadi. berita lanjut di sini: BH 

Selama ini tidak tahu kenapa dia menyakiti rakan yang sama berjuang. Dia menyalahi serta membuat onak kepada kepimpinan dan PAS keseluruhannya. Ustaz Nasharuddin telah bersama dengan seteru iaitu UMNO dengan menyertai program-program mereka bersama dan membelakangi arahan pimpinan.

Namun setelah membaca temubualnya bersama wartawan Berita Harian yang menemuinya di katil di pusat perubatan swasta barulah terbuka pendamnya dihatinya.

IKUTI Temubual bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dengan wartawan Berita Harian.

“Permulaannya berlaku pada 24 April 2008 dimana Mesyuarat Syura Ulama PAS memutuskan perbincangan diadakan dengan mana-mana parti politik bagi memeliharan kepentingan umat Islam dan orang Melayu dengan amanah diberi kepada Presiden, Setiausaha Agung serta beliau selaku Timbalan Presiden.

“Dalam hal ini, parti terbesar dan secara logiknya untuk diajak berbincang adalah UMNO. Ketika itu saya mengadakan perbincangan berkaitan perpaduan dengan Perdana Menteri dan Timbalanya selaku pimpinan UMNO atas keputusan Majlis Syura Ulama.

(Harus diingat ketika itu Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Isu hangat diperkatakan ahli Parlimen Sarawak akan menyertai Pakatan Rakyat seterusnya peralihan kuasa politik Malaysia. Ketika itu pimpinan PAS Selangor melihat ada peluang mendapat jawatan Menteri Besar Selangor kerana pada situasi undi penentu samada dipihak PR atau BN. Hangat diperkatakan isu Kerajan Perpaduan (UG) melibatkan pimpinan PAS dan UMNO)

“Bagaimanapun, baru sampai suku jalan, timbul tanggapan ia seolah-olah untuk kepentingan peribadi saya dan pertemuan kononnya dilakukan secara rahsia walaupun ia keputusan Majlis Syura Ulama yang kebetulan TIDAK dihadiri Tuan Guru Nik Aziz ketika ia dibuat.

Saya laksanakan arahan Parti tetapi saya juga dipersalahkan dengan tuduhan kononnya nak masuk UMNO. Semua itu membuat saya kecil hati dan berasa dizalimi. Saya suarakan semuaini sebagai ahli biasa kepada pucuk pimpinan parti.”

Terkilan dengan Nik Aziz

Awal dulu saya terima semuanya sebagai teguran tapi bila berterusan, saya rasa mungkin Nik Aziz ada isu peribadi dengan saya yang puncanya tidak saya datang menemuinya sampai hari ini.

“Saya menghormati beliau Murshidul Am PAS sebagai pimpinan tertinggi parti tetapi belau terus menerus ‘menyerang’ saya. Nik Aziz menghiris perasaan secara peribadi termasuk sindiran berhubung statusnya sebagai pemipin dan ahli PAS serta pelaksana beberapa tugas diamanahkan parti.”

“Malah istilah yang digunakan pun.. kalau orang biasa mungkin dah rebah tapi daya boleh bertahan. Saya pernah digelar sampah, diacah masuk UMNO, dilabel bermacam-macam dan semuanya itu mengguris hati.” BumiPerak

Tiada ulasan: