"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tampar petugas, suspek diberi dua pilihan

Blog Ibn75.wordpress.com
PONTIAN – Suspek yang menyebabkan kecederaan di bahagian pipi seorang petugas PAS akibat ditampar diberi dua pilihan.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Raden Sarobo Pono, permohonan maaf secara terbuka diberikan kepada suspek yang dikenali sebagai Johari pada dua tempat ceramah yang akan diadakan di lokasi yang berlainan.

“Sekiranya gagal, dia berdepan dengan tindakan undang-undang. Proses perundangan diuruskan oleh peguam Hassan Karim.

“Tempat pertama, dia kena minta maaf pada 6 Februari ini di Tampok sempena ceramah Dr Abd Aziz Bari. Manakala yang kedua di Lubok Sifat sempena ceramah Mazlan Aliman,” katanya lagi ketika dihubungi.

Raden Sarobo berkata demikian sebagai mengulas kenyataannya di Sinar Harian yang menyebut, pihaknya telah menghantar surat peguam bagi meminta pihak yang menampar petugas Pas, Mohd Hanif Masuri, 34, meminta maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku 23 Januari lalu, Mohd Hanif bersama empat rakannya yang sedang memacak bendera parti pembangkang di kawasan persimpangan lampu isyarat Parit Madirono kira-kira 12.30 tengah malam, ditampar seorang lelaki yang datang secara tiba-tiba.

Tiada ulasan: