"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Panas!!! Asri Kunjungi Presiden PAS; Tidak Mustahil Bekas Umno Jadi Calon

BuletinOnline
MARANG: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Dato’ Seri Abdul Hadi telah menerima kunjungan hormat bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainal Abidin di rumahnya, selepas kuliah mingguannya di Masjid Rusila.

Perbincangan ‘ceria’ berlangsung diantara tokoh agamawan itu turut disertai Ahli Dewa Undangan Negeri Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Sehubungan itu, pada sidang media selepasnya, Ustaz Hadi tidak menolak kemungkinan ada calon PAS dari kalangan bekas ahli Umno yang telah meninggalkan parti itu.

Beliau berkata nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa sendiri yang digugurkan sebagai ahli Majlis Syura akan ditentukan oleh PAS kawasan.

“Itu (calon) bukan hak saya, itu hak kawasan. Kawasan yang (ditandingi) kemukakan calon. Nasib dia (Nasha) Tuhan tahu, saya nasib saya pun saya tidak tahu…tunggu (sampai masa) nama calon.

“Boleh jadi dalam penamaan calon (pilihan raya) ada orang Umno masuk PAS dan tidak mustahil. Besar kemungkinan ada orang Umno masuk PAS, akan jadi calon,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pihak media mengenai nasib Nasharudin Mat Isa yang dikatakan tidak akan dicalonkan lagi sebagai calon PAS pada PRU13, di kediamannya, Rusila Marang, 1 Februari lalu.

Ustaz Abdul Hadi, berkeyakinan tinggi pada pilihan raya akan datang terdapat di kalangan calon-calon parti terdiri dari bekas pemimpin Umno yang menyertai PAS.

Sumber Klik

Tiada ulasan: