"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cerita BN nak rebah dan teguran buat KPN

FB Ungku Mohd Noor Mahmood
Parti GERAKAN mencadangkan supaya BN membuka keahlian terus . Membuktikan parti komponan BN tersebut telah bersedia untuk tutup kedai .
UMNO sendiri pun sedang mengkaji untuk pulihkan jenama BN yang teruk tercalar . Kini cuba menonjolkan jenama UMNO yang di lihat masih bernafas berbanding parti komponan lain . Najib sendiri akui bahawa BN kini hanya di sokong olih segelintir Melayu di pendalaman , Bumiputera Sabah dan Serawak serta sedikit kaum India .

Nasihat buat KPN

Ketua Polis Negara hari ini menyatakan akan mengambil tindakan drastik secara berperingkat bagi menghadapi kes jenayah yang kian bertambah .
Apa pun tindakan drastik terhadap aktivis dan pejuang keadilan telah pun di lakukan .

Tuan ! Beri lah tumpuan terhadap semua penjenayah secara adil , termasuk yang di lakukan olih pemimpin negara . Nescaya Tuan dan PDRM akan di sanjung tinggi.

Tiada ulasan: