Roketkini
KUALA LUMPUR, 20 MEI: Kabinet pasca-PRU-13 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan setakat paling "tidak menarik" berbanding enam Perdana Menteri lain sepanjang 56 tahun lalu, malah upacara mengangkat sumpah dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri baru-baru ini adalah tidak sah dan terbatal.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ini kerana sehingga kini semua mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator untuk membolehkan mereka dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru Najib.
Oleh itu, katanya, Najib atau timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus bertanggungjawab dengan kegagalan itu dan membuat pengakuan secara terbuka terhadap kesalahan besar dan memalukan Yang di-Pertuan Agong itu.
Katanya, sehingga kini Najib masih lagi membisu dengan pendedahannya bahawa pelantikan dua Menteri iaitu Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta tiga Timbalan Menteri iaitu Waytha Moorthy, Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, tidak sah kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator.
"Najib sepatutnya mendedahkan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kesalahan yang memalukan Yang di-Pertuan Agong itu sehingga menjadikan Malaysia bahan ketawa di kalangan komuniti diplomatik dan antarabangsa.
"Kesalahan besar membabitkan perlembagaan seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini sepanjang 56 tahun sejarah negara. Mengapa ia berlaku sekarang? Apakah standard protokol telah merundum seperti mana standard kehidupan orang ramai, baik dalam pendidikan, kehakiman atau perkhidmatan awam sepanjang lima dekad lalu?
"Sekiranya Kabinet baru Najib sering kali malang, melakukan kesalahan tidak mengikut perlembagaan yang tidak pernah berlaku dalam separuh abad lalu, apa yang rakyat Malaysia jangkakan daripada Kabinet ini," soalnya dalam kenyataan media, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, beliau sebenarnya menjangkakan pentadbiran Najib akan lebih cekap, mengambil langkah segera membaiki jenaka perlembagaan itu bagi memastikan dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri mengangkat sumpah sebagai Senator pada Jumaat lalu sebaliknya tidak berlaku sehingga tengah malam.
Bagaimanapun, katanya, Najib tidak melakukan pembetulan terhadap kesalahan membabitkan perlembagaan, sebaliknya terus mempamerkan ketidakcekapan yang amat mengejutkan atau sikap acuh tak acuh beliau.
"Jika dua menteri dan tiga timbalan menteri itu tidak juga mengangkat sumpah sebagai Senator, ini bermakna pelantikan mereka boleh dianggap tidak sah dan boleh dicabar," katanya.- Roketkini.com
1 ulasan:
umpama jantan & pompuan bersekedudukan mengistiharkan depa suami isteri tanpa akad nikah. hubungan kelamin adalah zina. inilah kabinet kartun sebab najib bapak transformer. dapat berkuasa secara haramjadah maka segala perbuatan & tingkah laku pun haram.
Catat Ulasan