"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sudah kira bagus, Mukhriz boleh tutup semua pusat hiburan di Kedah Dalam Masa 100 Hari, PAS tak mampu nak buat?

TKOOffline

Kerajaan Negeri Kedah telah mengagihkan tugas melaksanakan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik semalam, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.


Beliau berkata, sebagai contoh isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain untuk menyelesaikannya.

Mukhriz berkata, kesemua anggota Exco perlu menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap tahun bagi memudahkannya menyelaraskan hasil kerja yang dibuat sekali gus dapat menunaikan Aku Janji BN Kedah.

“Saya tak akan guna sewenang-wenangnya kuasa untuk tamatkan lantikan Exco untuk tempoh setahun. Kita mahu semua Exco rangka perancangan dalam tempoh lima tahun untuk mudahkan kita selaraskan kerja.

“Contohnya kalau seseorang Exco tak penuhi KPI 100 peratus tetapi ada perancangan nak penuhi KPI tersebut sudah memadai bagi saya,” katanya.

Saya sedikit musyukil ialah tidak disebut pun tentang janji-janji BN sebelum ini yang akan dibuat dalam masa 100 hari selepas boleh menawan Kedah iaitu:-

1. BN akan tutup semua pusat hiburan di Kedah yang dibuka di masa Pakatan Rakyat.

2. BN akan membatalkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

3. BN akan hapuskan bayaran parking letak kereta di MBAS.

4. BN akan menurunkan tarif air sebanyak 10 sen untuk satu meter padu.

5. BN akan memansuhkan 3/4 dari program pengajian di KUIN yang dianggap membazir dan tiada sambutan.

Saya rasa rakyat Kedah kena tunggu sehingga 100 hari selepas itu boleh bawa ke mahkamah untuk disaman kerana tak tunai janji.

Sila layari

Tiada ulasan: