"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mengapa orang PAS tak mahu jawatan MB Selangor

anaabdullah
Ada yang tanya penulis dengan soalan sepertimana judul rencana ini. Susah juga nak jawap. Mana boleh penulis jawap kerana itu adalah hak PAS Pusat.

Sepatutnya presiden PASlah yang harus jawap pertanyaan tersebut. Kerana jawatan itu ada pada Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Dialah yang memutuskan jawatan menteri besar Selangor diberi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, maka jawapan itu ada pada Presiden.

Mungkin tak ada orang yang bertanya soalan itu kepada Presiden secara empat mata untuk mendapat penjelasan yang sejelas jelasnya.

Yang peliknya, ramai orang pas tanya soalan tersebut pada penulis. Mungkin untuk dapat kepastian mengapa orang pas tak mahu jawatan menteri besar Selangor, sedangkan orang PKR sendiri tidak setuju Tan Sri Khalid Ibrahim jadi menteri besar Selangor.

Ya tak ya juga. Teringat penulis mengapa orang Perak sangat sengat mengharapkan jawatan menteri besar Perak selepas menang di negeri itu pada PRU 12. (2008).

Pada hemat penulis tiada guna pegang jawatan menteri besar jika tidak hapuskan lesen judi sepertimana yang di lakukan menteri besar Kedah memerintah selama lima tahun.

Kalau mengundi ada dosa dan pahala. Memerintah pun demikian juga. Dosa jika ada kuasa tidak hapus lesen judi yang diluluskan oleh majlis perbandaran negeri negeri.

Tiada guna pegang menteri besar lesen arak di kawasan Melayu tidak dihapuskan. Oleh itu lebih baik jangan pegang jawatan menteri besar.

Apakah kita bebas atau tidak berdosa jika orang lain jadi menteri besar enggan melaksanakan cegah benda benda diharamkan Allah.

Pada penulis dosa subahat sama sahaja dengan dosa mereka yang tidak mencegah perkara perkara mungkar.

Jangan ingat kita tidak berdosa kerana jawatan menteri besar dilepaskan kepada orang lain. Lebih lebih lagi orang PKR adalah sekutu PAS dan presiden yang merestui jawatan itu diserahkan kepada orang PKR.

Penulis ada dengar cakap cakap, kita tidak berdosa dan lepas jika sudah dicadangkan untuk menghapuskan lesen judi dan undinya cadangan tadi kalah melalui system demokarsi sepertimana kerajaan pakatan di Selangor.

Mungkin atas sebab inilah Presiden PAS awal awal lagi menyerahkan jawatan menteri besar kepada PKR (Tan Sri Khalid Ibrahim).

1 ulasan:

Nirwana berkata...

Yg tak nak khalid cuma seorang dua ahli pkr yg nak jwtn tersebut..manakala majoriti rakyat selangor termasuk cina yg mengundi Pas hendakkan momentum atau kesinambungam pentadbiran PR dibwh khalid yg cemerlang.Ahli pas jgn syok sendiri.kejayaan PR adalah kejayaan bersama..Pas bukan tidak diberi peluang sebelum ini untuk mentadbir beberapa buah negeri sebelum ini...hasilnya...
.
.
.