"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ya Allah, munculkanlah kebenaran dalam kes ini-Prof. Mohammad Agus

Prof. Mohammad Agus Yusoff

Semasa kempen pilihan raya lalu, video Saiful Bukhari bersumpah di hadapan kaabah tersebar luas. Saya tidak percaya kepada video berkenaan kerana saya melihat gambar Saiful lebih tinggi dari gambar Pak Arab yang sedang melakukan tawaf. Wajah Saiful pada saya adalah ditindih dengan gambar lain. Pandangan saya mungkin berbeza dengan pandangan sahabat, tapi tak mengapalah!

Pada 25 Mei ini, Saiful akan berkahwin dengan Nik Suryani, personaliti TV3 di Kuala Terengganu. Berita ini dikupas oleh ramai sahabat dalam blog yang saya baca. Saya sedih apabila ramai yang menuduh Saiful Bukhari sebagai lelaki jahat, lantas mengharapkan sesuatu yang tidak baik berlaku kepada perkahwinan beliau.

Mengapa sampai begitu? Mengapa kita perlu menyebut Saiful dan bakal isterinya dengan nama yang tidak baik? Jikapun saya tidak percaya kepada video Saiful, saya tidak berani untuk menghukum Saiful mengikut selera politik saya, apatah lagi menghukum beliau mengikut selera nafsu yang bukan dari ajaran Islam.

Kita perlu ingat jodoh pertemuan di tangan Allah. Jikapun marah dengan Saiful, dalam soal nikah kahwin ini, kita doalah Saiful supaya beliau selamat diijabkabulkan pada hari bahagianya. Doakan agar hidup beliau dirahmati dan semoga Allah memberikan petunjuk serta hidayah kepada beliau dalam mengendalikan hidup seterusnya sehingga ke akhir usia.

Ya Allah, munculkanlah kebenaran dalam kes ini.

Tiada ulasan: