"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau Penyokong PR pulau semua orang yang pro BN!

senik
Assalamualaikum,, 

NGO 1 Malaysia nak tunjuk angin, seru boikot perniagaan orang cina yang kononnya membiayai PR. Orang yang paling lantang bersuara ialah Tokki yang kononnya prihatin dengan usahawan melayu tetapi dia sendiri didapati bermasalah. Tetapi masalah paling besar dengan dia ni ialah tidak sedar diri, kononnya mewakili PPIM, tetapi sebenarnya hanyalah kuda kayu UMNO. Apa tidaknya, kalaulah semua penyokong PR tak kira cina atau melayu memulakan kempen memulau orang orang yang pro BN, siapa yang susah sebenarnya?

Mereka dan keluarga mereka. Tokki menyeru orang melayu supaya memboikot satu pasaraya yang dituduh menyokong PR, tetapi Tokki macam bodoh kerana lupa kebanyakan pekerja di pasaraya itu ialah melayu malah mungkin diantara mereka ialah pengundi BN (yang dapat habuan dan bersumpah). Kalaulah melayu memboikot pasaraya tersebut dan pasaraya itu lumpuh siapa yang tanggung akibat?

Tokki pandai pula berkata rezeki itu datang dari ALLAH, tetapi Tokki lupa menyebut bahawa menipu itu adalah kemungkaran yang disuruh oleh baginda Nabi dicegah oleh orang Islam. maknanya Tokki yang mewakili persatuan pengguna Islam seharusnya mengutuk penipuan PRU bukan memnta melayu memboikot cina yang menyokong kutukan kepada penipuan!

Walau bagaimanapun, penulis lebih suka melihat suasana di mana orang orang yang mesra BN diboikot atau dipulau oleh penyokong PR dalam semua aspek kehidupan. Tak perlulah diperincikan apakah bentuk pemulauan itu, tetapi kalau pemulauan disertai oleh semua penyokong PR yang diwakili oleh 52% undi popular apa akan jadi kepada orang orang yang pro BN?

Tokki mungkin boleh jawab sepertimana dia selalu menjawab di radio IKIM dulu!

Tiada ulasan: