notan
Assalamualaikum,,..
Sejak PRU 13, tak putus putus kenyataan memperbodohkan rakyat dikeluarkan oleh pemimpin UMNO.Saya terbaca kenyataan dari Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Rashid Shirlin (sekarang sudah jadi menteri atau timbalam menteri kerajaan Najib) yang menyatakan antara lain:
"Kita semua tahu bantahan jalanan pasti akan menimbulkan kekacauan dan mengancam keselamatan negara", merujuk kepada perhimpunan black out 505.Seperti pemimpin UMNO lain, MP Papar turut bersubahat menuduh PR menghasut rakyat untuk turun ke jalan raya dan tidak menghormati pilihan rakyat yang telah memberi mandat kepada BN.
Inilah auta yang cuba memperbodohkan rakyat kerana lebih 51% rakyat MALAYSIA sudah tahu keputusan PRU dicapai melalui manupulasi dan komplok penipuan yang melibatkan SPR, pengurus pilihanraya.
Kenyataan sedemikian boleh menambahkan lagi kemarahan majoriti rakyat kepada UMNO.Keluhan seorang rakan menceritakan bagaimana marahnya rakyat kepada penipuan yang dilakukan, katanya, kalau PR yang kita sokong sebagai pemimpin kita tidak melakukan sesuatu tentang penipuan ini, maka sia sialah sokongan kita selama ini.
Untuk itu, suka saya menyampaikan mesej kepada pemimpin UMNO agar menginsafi dan menyedari bahawa sebarang kemungkinan kekecohan dan kekacauan yang berpunca dari keputusan PRU adalah perpunca dari UMNO, bukan PR.Kita tidak mahu negara jadi huru hara kerana keengganan UMNO mengakui penipuan mereka sedangkan penipuan yang berlaku sudah tidak dapat dibendung lagi, semua orang yang ada di pusat mengundi termasuk penyokong UMNO boleh melihat dengan jelas, jadi kenapa mahu menyembunyikannya atau menafikannya?
MP Papar turut berbohong apabila mengatakan keputusan PRU ialah keputusan majoriti rakyat kerana rakyat tahu majoriti rakyat sebenarnya memihak kepada PR, BN terselamat bukan kerana majoriti rakyat tetapi majoriti kerusi yang dicapai oleh manupulasi undi.
Tiada apa yang dapat menafikannya dan di pihak PR, mereka mesti membantah keputusan PRU yang penuh tipu muslihat yang pula enggan diakui oleh UMNO, kerana majoriti rakyat mengharapkannya.PR tiada pilihan dan dalam masa yang sama harus mengelakkan berlakunya rusuhan.
Setakat ini kesemua bantahan jalanraya yang dibuat tidak melibatkan rusuhan dan tidak mengancam keselamatan negara walaupun pulunan ribu rakyat turun, jadi untuk pemimpin UMNO tak usah nyayikan lagu ini kerana ianya hanya menambah kemarahan majoriti rakyat.
Untuk perhatian UMNO, di negeri yang dimenangi BN seperti Negeri Sembilan, Johor dan Perak, kehadiran rakyat yang tidak puas hati mungkin melebihi majoriti undi yang diperolehi BN di negeri terbabit.
Sementara di Papar sendiri ada halangan yang tidak dapat diatasi oleh PR seperti pengundi yang tidak keluar pengundi kerana tidak setuju dengan calon PR di sana yang menjadi antara faktor UMNO menang, jadi kepada MP Papar jangan sombong dan tidak sedarkan diri kerana rakyat yang tidak suka UMNO semakin bertambah.
1 ulasan:
Pinjam kata pak sayuti MSO...seorg lagi yb yg boleh d kategori sebagai...KERBAU AIR BETINA
Catat Ulasan