"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Calon bebas pertama PRK DUN Kajang

laniismaa
Yuktes_Bebas_DUN_Kajang
Bekas peguambela kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Yuktes Vijay yang juga pengasas NGO Take The Lead, mengesahkan perkara ini melalui laman Facebooknya.

“Ya, saya akan bertanding untuk DUN Kajang…BN tanding ke tak tanding adalah prerogatif BN…Tiada kaitan dengan saya…Memang benar saya sokong BN terutamanya PM..Tak nafi tetapi calonnya Anwar Ibrahim…Bermaksud BN akan kalah..Hakikat..Terima je,” katanya dalam laman FB, lapor Astro Awani.

Yuktes, 25, akan mencabar Anwar di Kajang sebagai calon bebas.

Yuktes juga berkata melalui laman Twitternya, beliau tidak kisah sekiranya kalah dan hilang deposit, yang penting beliau ingin mengurangkan majoriti Anwar.

Manifesto Yuktes adalah “Wakil rakyat yang telah dipilih perlu menunaikan manifesto PRU ke-12 dan ke-13″.

Sebelum ini Lee Chin Cheh telah memenangi kerusi DUN Kajang dengan memperolehi 19,571 undi dengan majoriti 6,824 dalam pertandingan enam penjuru dalam PRU lalu.

Tiada ulasan: