"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar: Akaun disiasat sampai ke ‘lubang cacing’, tetapi terbukti bersih Posted on

PETALING JAYA 27 JAN: Sebaik dipenjarakan, pihak Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mengadakan suatu siasatan terhadap semua akaun peribadi dan ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fail-fail di Kementerian Kewangan.
Anwar berkata, siasatan terperinci itu dibuat bagi mencari sebarang petunjuk yang boleh dikaitkan dengan tuduhan rasuah untuk didakwa di mahkamah dan sekaligus menjejaskan beliau sebagai pemimin bersih rasuah.

“Saya adalah sasaran. Mereka siasat samada saya ada akaun di Malaysia, Singapura dan London, ada tak RM3 bilion. Akhirnya dalam laporan siasatan mengatakan tiada asas dalam pertuduhan.

“Ketua Pengarah Tanah Malaysia, Datuk Mohd Zain, dia sendiri dipanggil disoal dan disuruh periksa semua rekod dari Perlis sampai Sabah kalau Anwar ada ambil satu inci tanah Kerajaan.
“Semasa saya dipenjara enam tahun, setiap fail di Kementerian Kewangan disemak nak cari satu kes samada saya ada bagi tanah kerajaan atau balak kepada ahli keluarga atau apa-apa kes untuk mereka dakwa, tetapi tiada,” kata Anwar yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1991 hingga 1998.

Anwar yang kini Ketua Pembangkang Malaysia menambah beliau juga pernah mencabar mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk membuktikan tuduhan liar bahawa beliau memiliki wang sebanyak RM3 bilion.

Bagaimanapun ketika itu tiada mana-mana Ahli Parlimen BN yang menyahut cabaran Anwar dengan tampil berani mengemukakan tuduhan berserta bukti secara terbuka di parlimen.

Ketika menjawab satu soalan lain, Anwar memberitahu lazimnya kos perjalanan beliau ke sesuatu distinasi luar negara ditanggung oleh pihak yang menjemput beliau.

“Saya bersyukur, walau saya tak kaya tetapi saya tidaklah miskin. Saya ada gaji sebagai Ahli Parlimen, bila susah sikit saya boleh bersyarah.

“Minggu depan Metro TV Indonesia minta saya bersaing dengan bekas Presiden BJ Habibie,” kata Anwar di hadapan kira-kira hampir 200 hadirin dalam program Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim di Sunway Resort Hotel & Spa di sini, petang semalam.

Tiada ulasan: