"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Papagomo Pucat Lesi Hadhir Di Mahkamah Kes Saman RM 100 Juta Oleh DSAI

omakkau
Pagi ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris seorang bekas konstable polis trafik RF 142863 yang kena buang kerja sebab rasuah kes RM400 keatas seorang penagih dadah dan disumbat dalam penjara 14 hari dan denda RM10,000 telah hadir untuk bicara kes kena saman fitnah jahat jijik RM100juta dari DSAI.

Beliau hadir dengan beberapa kerat penyokongnya... muka pucat lesi... berbeza dengan DSAI yang tersenyum dan tenang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21hb Mac 2013 telah memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki.

Writ saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan pemilik dan pengendali blog tersebut yang dikenali sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai defendan.

Menurut peguam R. Surendran, tindakan saman itu diambil selepas tamat notis 48 jam yang diberikan kepada Papa Gomo, tidak dibalas.

Menurut Surendran, Anwar mengambil tindakan saman ke atas defendan kerana menyiarkan perkataan dan gambar di laman blognya bahawa terdapat video seks Anwar dengan lelaki gay.

"Defendan dengan lantang dan jahat mendakwa lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim. Ini adalah penipuan yang amat besar dan serius dan fitnah jahat oleh blogger Umno," -omakkau

Tiada ulasan: