"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes gila babi: Melampiaskan nafsu syahwat di depan khalayak ramai di dalam sebuah pasar raya

Bandar Oklahoma: Seorang lelaki mendakwa “sangat terkejut” apabila ditahan kerana selamba melakukan onani sambil berjalan-jalan di dalam sebuah pasar raya.

Derek Bennett, 26, memberitahu polis, dia tidak menyangka perbuatannya itu disedari orang ramai yang memenuhi pusat beli-belah Walmart.

Aksi Bennett itu menarik perhatian dua pelanggan kerana dia membuka zip dan mengeluarkan kemaluannya.

Lebih mengejutkan, dia melakukan onani itu tanpa berselindung di kedai Tire and Lube Express.

Orang awam kemudian segera memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan.

Ketika polis tiba, Bennet cuba melarikan diri dari kedai itu namun ditahan polis.

Menurut media semalam, Bennet mengaku melakukan perbuatan terkutuk berkenaan tetapi ‘benar-benar terkejut’ kerana tidak menyangka ada orang lain yang menyedarinya.

Dia menghadapi pelbagai tuduhan tidak sopan dan akan dihadapkan ke mahkamah atas kelakuan tidak senonoh itu.

Dua minggu lalu seorang lelaki didakwa kerana memuaskan dirinya di perpustakaan Toronto dengan sebiji timun. 
-Agensi-

Tiada ulasan: