"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia terlibat dalam kemalangan jam 3.16 pagi tadi

KHAIRUL AZLAM MOHMAD 
KUALA TERENGGANU: AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan pembantunya, Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.
Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya cedera.

Kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.
Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki itu terbakar.
Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke MTT Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan.


DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR BIN CHIK

Merupakan anak kelahiran Kg. Masjid Tepoh, Kuala Terengganu. Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1950. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama dengan To’ Puan Zaitun Binti Salleh dan dikurniakan 8 orang zuriat iaitu 5 lelaki dan 3 perempuan.

Berkelulusan Ijazah Master Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia (OUM) pada tahun 2011-2012; melawat sambil belajar Bahasa Arab di Jami’ah Afriqiyyah Alamiyyah (1995-1996); melawat sambil belajar Bahasa Inggeris di Fort Wayne Community College, Indiana, USA (1987-1988); dan Ijazah Sarjana Muda (Hons) Pengajian Islam (Syariah) serta Diploma Pendidikan UKM (1973-1977).

Pengalaman Kerja

1977 – 1981 : Pengetua Institut Berakan, Kuala Terengganu

1982 – 1986 : Wakil Rakyat (ADUN Jeram), Terengganu

1997 – 1999 : Pengarah Urusan Ilmu Amal Sdn. Bhd, Pemilik Rangkaian
Sek. Rendah Islam Pintar (SRIP)

1999 – 2004 : Exco Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu

2000 – 2004 : Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu

2004 – Kini : Pengerusi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT)

2008 – Kini : Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi
Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan

Politik

1981 : Menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS)

1984 – 1986 : Tahanan Politik (ISA) Di Kem Tahanan Kemunting

1989 – 1999 : Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ke- 13

1999 – 2011 : Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu

2000 – Kini : Ahli Jawatankuas PAS Pusat

2000 – 2007 : Pengerusi JK Pertanian & Pembangunan Luar Bandar PAS Pusat

2007 – Kini : Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat

2008 – Kini : Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat

Kegiatan Pelajar & Belia

1968 – 1970 : Setiausaha Gabungan Pelajar Islam Terengganu

1975 – 1977 : Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UKM

1976 – 1977 : Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM

1977 – 1981 : Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah

Kuala Terengganu & Negeri Terengganu.

Kegiatan Kemasyarakatan & Pendidikan

1979 : Mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah TASKI ABIM

1983 : Mengasaskan Maahad Darul Quran, Terengganu

1987 : Mengasaskan Pusat Pendidikan Islam Darul Taqwa, Terengganu

1989 – 1999 : Pengerusi PASTI Malaysia

2006 – 2008 : Penasihat (Luar) Yayasan Amal Malaysia

2009 – Kini : Timbalan YDP Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan (YAKEP)

2013 : Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(MAKPEN)

Kegiatan Antarabangsa

1989 : Ahli Persidangan Buruh Antarabangsa, Karachi, Pakistan

1989 & 1993 : Pengarah Ijtima’ Perpaduan Ummah Antarabangsa Kali 1 & 2

1994, 1995 & 1996 : Ahli Persidangan Perpaduan Masyarakat Islam Antarabangsa, Turki

1997 & 1998 : Anggota JK Nadwatul Shabab Al-Alami, Khortoum, Sudan.

2003 : Ahli Persidangan Islamic Development Bank, Tajikistan & Uzbekistan

2005 – 2013 : Presiden AFMY

2007 : Mengasaskan Internasional Muslim Busines Network (IMBNet)

Penulisan Buku

1987 : Individu Muslim Dan Jamaah Islam – Angkatan Edaran Sdn Bhd

1998 : Ketahanan Gerakan Islam – Ilmu Amal Sdn Bhd

1999 : Al Hizbul Islami Al Malizi (Bahasa Arab) – Darul Biarak, Beirut, Lubnan

2007 : Pilihanraya: Satu Tuntutan Jihad – Pustaka Damai, MTT.

2011 : PAS 60 Tahun – Pustaka Damai, MTT.

2013 : Negara Berkebajikan Menurut Pandangan Syed Qutb
– Pustaka Damai, MTT

Darjah Kebesaran & Anugerah Tokoh

2002 : Setia Mahkota Terengganu (SMT)

2003 : Dato’ Setia Mahkota Terengganu (DSMT)

2003 : Anugerah Tokoh Sempena Sambutan Jubli Emas
Dewan Pemuda PAS Trg

2003 : Anugerah Tokoh Tarbiyyah Sempena Sambutan Jubli Emas
Dewan Pemuda PAS Pusat

2009 : Tokoh PASTI Malaysia

Takziah kepada keluarga almarhum...
Al FATIHAH

Tiada ulasan: