"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa ada maklumat lanjut, tepat mengenai berita kanak2 kes mangsa penculikan yang separuh sedar menyayat hati ini? (Gambar)


Semalam saya ada muatnaik van yg kecoh kes penculikan kanak2, sumber info van to dapat ditahan disempadan, pihak berkuasa menjumpai kanak2 yang separuh sedar, tapi dalam keadaan menyayat hati, ape salah kanak2 ni, tergamak, berhati binatang sungguh..semoga ibubapa diluar sana ingatkan anak2 supaya jangan main jauh dari kita ibubapa. tolong kawan2 share utk keselamatan anak2 kita, dan kanak2 diluar sana.
http://diabuatdah.blogspot.com/

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pihak polis hari ini menafikan maklumat berhubung sebuah van putih bernombor pendaftaran Thailand yang didakwa telah menculik kanak-kanak di Sabak Bernam untuk tujuan penjualan organ.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, maklumat tersebut hanyalah rekaan yang ditokok tambah serta cuba menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

"Polis Daerah Sabak Bernam menafikan sekeras-kerasnya penyebaran maklumat tersebut.

“Sehingga kini polis masih tidak menerima apa-apa laporan daripada orang awam berhubung perkara ini dan hasil siasatan kita juga mendapati tiada sebarang kes dilaporkan berlaku di daerah ini,” katanya dipetik Facebook Polis Selangor.

Menurut beliau, penyebaran berita palsu itu menerusi laman sosial boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurutnya, seseorang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: